awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPNNS kenal pasti strategi kekalkan sifar miskin tegar di Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
13/01/2024
20:30 MYT
PPNNS kenal pasti strategi kekalkan sifar miskin tegar di Negeri Sembilan
Pengarah PPNNS Roslan Mat Nong berkata ia termasuk meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri, wakil rakyat dan agensi pemberi bantuan. - Foto fail/Direktori Pegawai ICU JPM
SEREMBAN: Pejabat Pembangunan Negeri Negeri Sembilan (PPNNS) telah mengenal pasti beberapa strategi bagi mengekalkan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang diputihkan Disember lepas supaya tidak kembali tergolong dalam kelompok itu.
Pengarah PPNNS Roslan Mat Nong berkata ia termasuk meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri, wakil rakyat dan agensi pemberi bantuan selain meneruskan fungsi serta peranan Jawatankuasa Pasukan Petugas Pembasmian Kemiskinan dan Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah.
"Pada tahun ini, cabaran lebih besar mungkin dihadapi iaitu memastikan KIR miskin tegar yang berjaya disifarkan sebelum ini untuk terus kekal terkeluar daripada status itu.
"Selain itu, kita juga mahu kewujudan kelompok miskin tegar yang baharu pada tahun ini tidak melonjak terlalu tinggi dan dapat ditangani sebaik mungkin," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Beliau juga berkata kerajaan negeri dan agensi pemberi bantuan perlu terus membantu dalam memastikan KIR tidak kembali ke tahap miskin tegar selain memperkenal skim bantuan baharu untuk mereka yang terkesan.
"Contoh paling jelas ialah bila KIR ini telah keluar daripada miskin tegar, mereka tidak akan menerima rebat elektrik berjumlah RM40. Walaupun nilai ini nampak kecil namun kekurangan pendapatan RM40 sebulan boleh menjadi faktor yang menolak mereka kembali kepada status miskin tegar," katanya.
Roslan berkata perkara itu perlu diberi perhatian termasuk mengadakan tempoh peralihan selama 12 bulan untuk mengekalkan rebat tersebut atau diperluas kepada bukan miskin tegar yang berubah ke kelompok miskin.
Beliau berkata Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung akan turut digerakkan bagi membantu pengesanan responden eKasih yang sukar dikesan akibat maklumat permohonan tidak lengkap.
Roslan berharap segala inisiatif bagi mengekalkan status Negeri Sembilan sebagai negeri sifar miskin tegar dilaksanakan tahun ini dan pada masa akan datang melalui peningkatan kerjasama serta sokongan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
Pada 22 Dis lepas, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar membabitkan sejumlah 3,530 KIR lebih awal menerusi pelbagai inisiatif yang digerakkan melalui PPNNS.
Beliau berkata usaha menoktahkan kemiskinan juga ialah agenda utama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri selain disokong dengan penubuhan Pasukan Petugas Pembasmian Miskin Tegar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPNNS
#Negeri Sembilan
#miskin tegaer
#Roslan Mat Nong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan