PUNCAK ALAM: Perkhidmatan pemberian vaksin secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega di Universiti Teknologi MAR (UiTM) Kampus Puncak Alam di sini, akan mula beroperasi dalam tempoh dua minggu lagi, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Beliau berkata, UiTM merupakan antara tiga universiti awam yang akan menyediakan perkhidmatan itu untuk golongan yang memerlukan terutama warga emas dan Orang Kurang Upaya. Dua lagi universiti ialah Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Katanya, perkhidmatan pandu lalu itu merupakan pelaksanaan pemberian vaksin secara hibrid yang bakal dilaksakan di PPV terpilih selain pemberian vaksin secara prosedur biasa iaitu dengan mendapatkan vaksin di dalam dewan atau tempat yang disediakan.
Sementara itu, Noraini berkata PPV berskala mega di UiTM Puncak Alam yang beroperasi bermula hari ini seawal 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, mempunyai kapasiti dewan sehingga 1,500 orang pada satu-satu masa.
"Perkhidmatan ini dijangka mampu menyediakan 5,000 pemberian vaksin sehari dengan penglibatan 200 kakitangan," katanya pada sidang media selepas melawat PPV Berskala Mega di UiTM Kampus Puncak Alam, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Noraini berkata selain cadangan untuk membuka 19 PPV di Institut Pengajian Tinggi bagi membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kementerian juga bercadang membuka PPV di politeknik dan kolej komuniti terpilih yang bersesuaian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021

Noraini berkata, UiTM merupakan antara tiga universiti awam yang akan menyediakan perkhidmatan itu untuk golongan yang memerlukan. - Gambar fail/Bernama
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.
Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan).Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.

Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.

Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera.

Kes cabul OKU: Polis rekod keterangan 12 pelajar
Polis telah merekodkan keterangan 12 pelajar bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul melibatkan 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini.

Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
Sebanyak 102 kes penyakit berjangkit dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga semalam.

Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.

PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Secara rasminya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.

Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.

Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.

Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak
PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.

PICKids: KKM akan buka PPV di sekolah, mudahkan murid-murid dapatkan vaksin - Dr Noor Azmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
Ia sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.