awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPZ-MAIWP sasar kutipan RM400,000 menerusi MyZakat

Haikal Raman
Haikal Raman
03/05/2021
01:16 MYT
PPZ-MAIWP sasar kutipan RM400,000 menerusi MyZakat
Abdul Hakim bersama Zulkifli (tengah), Mohd Daud (kanan) ketika pelancaran aplikasi MyZakat baru-baru ini. - Foto PPZ
BANGI: Berikutan situasi pandemik COVID-19 di negara ini, pengguna kini mempunyai pilihan melakukan amal kebajikan secara tidak bersemuka, termasuk bagi menyempurnakan ibadah pembayaran zakat.
Inovasi teknologi hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan wujudnya aplikasi yang membolehkan transaksi tersebut dilaksanakan menerusi platform dalam talian.
Selaras dengan itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ–MAIWP) melancarkan aplikasi MyZakat sebagai usaha memudahkan urusan pembayaran zakat bagi manfaat umat Islam.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman berkata, pelancaran aplikasi ini merupakan inisiatif agensi dalam memperkasakan penyampaian maklumat serta urusan pembayaran zakat.
Ia selari dengan kemajuan teknologi terkini yang lebih bersifat mesra pelanggan dan holistik, katanya.
Beliau berkata, menerusi aplikasi itu, PPZ–MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM400,000 dengan sejumlah 350 pembayar dalam tempoh setahun pelancaran MyZakat.
“MyZakat adalah salah satu usaha dalam meningkatkan lagi kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.
"Melihat kepada situasi pandemik ketika ini, kita tidak mahu ia menjadi kekangan kepada orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat.
“PPZ–MAIWP akan terus berusaha menyediakan saluran pembayaran zakat yang pelbagai bagi memastikan urusan berzakat menjadi lebih mudah tanpa perlu bersua muka,” katanya pada Majlis Iftar Muzakki di Hotel Tenera di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi MAIWP Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Melalui aplikasi MyZakat, pembayar boleh mengira, membayar dan menyemak rekod bayaran zakat mereka di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
Pembayaran zakat kini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan kaedah pembayaran mudah alih.
Topic Berkaitan
#MyZakat
#PPZ-MAIWP
#zakat
#COVID19
#IbadahZakat
#aplikasi
#teknologi
#inovasi
#BayarOnline
#Ramadan
#AmilOnline
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan