Pemotongan gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebanyak 51.54 peratus disambut baik oleh ahli Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata pemotongan gaji itu memang konsisten dengan dasar PR.
"Pemotongan gaji Menteri Besar memang nasihat Pakatan Rakyat dari dulu dan ia selari dengan dasar kami," katanya kepada Astro AWANI.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata isu gaji itu menjadi kontroversi sejak tahun lepas lagi, tetapi ini masa yang tepat untuk pemotongan gaji.
"Ini masa yang tepat untuk beliau mengambil balik gaji yang lebih rendah," katanya.
Hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa gaji Khalid yang baru adalah RM15,074.85 selepas dikemaskini.
Abdul Khalid dilaporkan berkata , sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014, melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013.
"Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Melalui keputusan MMKN, gaji dan elaun itu dipotong RM15,074.85 (51.54 peratus) menjadikan gaji kemaskini Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 (sama dengan gaji asal).
Sementara itu, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker turut dipotong antara 23.81 peratus hingga 33.34 peratus.
Namun tiada pemotongan dibuat terhadap gaji atau elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Dalam keputusan Dewan Undangan negeri (DUN) sebelum ini, gaji asal Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250.
Namun kenaikan itu dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk pihak PR.
T K Letchumy Tamboo
Mon Apr 14 2014
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saya masih dikurniakan umur yang panjang - Abdul Khalid
Abdul Khalid memuat naik hantaran tersebut menerusi akaun Facebooknya pagi tadi setelah keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya beliau telah meninggal dunia.
Krisis air: Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi, pengilang haram - Khalid Ibrahim
Pesanan itu disuarakan menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau yang menyentuh isu air di negeri berkenaan yang kerap dibincangkan beberapa hari ini.
Azmin dilantik menteri kanan
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan salah seorang pemain utama dalam pengaturan semula politik tempatan baru-baru ini kembali semula menyertai kabinet sebagai menteri kanan.
'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa
Selepas ucapan berapi yang disampaikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Setiap janji manifesto pilihan raya perlu dipenuhi tanpa banyak alasan
Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli politik serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihan raya mereka.
Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penutupan sementara itu.
Wang khairat kematian: MB Selangor akan umum manfaat lain - Halimey
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan mengumumkan manfaat lain untuk menggantikan pemberian wang khairat kematian kepada rakyat.
Cadangan wajibkan suntikan vaksin dibentang 8 Mei ini - Dr Dzulkefly
Kewajipan imunisasi adalah pilihan untuk memastikan anak-anak dapat dilindungi dan mencapai imuniti kelompok sehingga 97 peratus penerimaan ibu bapa.