awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabakaran dilantik Pengerusi MITRA

Bernama
Bernama
07/02/2024
09:20 MYT
Prabakaran dilantik Pengerusi MITRA
Pelantikan Prabakaran (foto) adalah bagi menggantikan Datuk R. Ramanan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. -Gambar fail/Twitter Prabakaran
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan Prabakaran adalah bagi menggantikan Datuk R. Ramanan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosioekonomi masyarakat India," menurut kenyataan itu hari ini.
MITRA pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai MITRA pada 2018.
Unit berkenaan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#P Prabakaran
#Mitra
#r ramanan
#Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat I
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan