awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah

Bernama
Bernama
27/01/2025
10:40 MYT
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor. -Gambar fail/Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.

Ringkasan AI
  • Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor, yang melambangkan keakraban hubungan mereka.
  • Prabowo menyatakan bahawa beliau telah mengenali Sultan Ibrahim selama 55 tahun sejak mereka bersekolah di Amerika Syarikat.
  • Prabowo juga menekankan persamaan antara rakyat Malaysia dan Indonesia, yang menjadi kekuatan kepada hubungan istimewa antara kedua-dua negara jiran.

Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
"Hubungan kami sangat lama, mungkin sudah 55 tahun saya kenal dengan Yang di-Pertuan Agong, sewaktu kami masih sama-sama muda dan bersekolah di Amerika Syarikat," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Sidang media bersama tersebut diadakan di Menara Berkembar PETRONAS selepas Prabowo dan Anwar mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat dua hala, sebentar tadi.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Prabowo, di Istana Negara.
Dalam pada itu, Prabowo turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia memiliki pelbagai persamaan, yang menjadi kekuatan kepada hubungan antara kedua-dua negara jiran itu.
"Malaysia dan Indonesia memiliki kepentingan yang sama, kita ini pendiri ASEAN. Kita mempunyai hubungan sejarah, darah dan etnik.
"Hal seharusnya membuat hubungan kita lebih khas, pastinya terdapat hubungan istimewa antara Malaysia dan Indonesia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Yang di-Pertuan Agong
#Anwar Ibrahim
#Darjah Kerabat Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan