KUALA LUMPUR:Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) di Arab Saudi yang mengakibatkan Prasarana menanggung jumlah kerugian teraudit bernilai 417 juta riyal Saudi (RM500 juta) bagi tahun kewangan 2019.
Pengerusi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat pada akhir langkah siasatan forensik dan audit dalaman selama 18 bulan yang turut termasuk semakan audit oleh perkhidmatan khidmat nasihat PriceWaterhouseCoopers.
"Dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah yang diadakan pagi ini, kami berpuas hati dengan nasihat yang diberikan jawatankuasa risiko audit bahawa terdapat asas untuk Prasarana membawa perkara ini kepada pihak berkuasa bagi siasatan lanjut dan seterusnya tindakan undang-undang yang akan diambil," katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan yang telah dilaksanakan itu, antara lain, telah menyemak proses sebelum pemberian tender dan selepas pemberian tender MMMSL, pelaksanaan keseluruhan obligasi kontrak Prasarana serta isu-isu penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih berkaitan dengan alat ganti dalam projek tersebut.
Beliau berkata tindakan Prasarana adalah sejajar dengan komitmennya terhadap tadbir urus yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
"Ini adalah siasatan yang mencabar memandangkan banyak pegawai utama yang terlibat dalam projek MMMSL telah meninggalkan Prasarana dan/atau PRIME dan/atau Rapid Rail," katanya.
Tajuddin berkata keadaan jarak projek itu yang jauh juga mendorong siasatan tersebut memerlukan kerjasama daripada dan bantuan pihak perunding termasuk perunding sebelum ini yang berpangkalan di luar negara.
"Selain itu, pegawai penyiasat juga perlu membuat saringan terhadap sejumlah besar dokumen, yang dipindahkan dari Arab Saudi ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata Prasarana akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan mereka dan tindakan undang-undang berkaitan.
Hasil siasatan itu akan membolehkan Prasarana menentukan tindakan lanjut termasuk memulakan langkah undang-undang yang sewajarnya, katanya.
"Dalam melangkah ke hadapan, sebuah jawatankuasa pelaburan dianggotai ahli lembaga pengarah ditubuhkan untuk meneliti usaha sama pelaburan dan perniagaan utama Prasarana.
"Lembaga pengarah amat serius dan komited dalam memastikan Prasarana dan pegawainya mematuhi amalan perniagaan baik dan tadbir urus korporat yang betul, yang paling penting adalah boleh dipercayai, berprinsip dan beretika dalam melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.
Pada 16 April, 2015, Prasarana, melalui anak syarikatnya, PRIME, diberikan kontrak tiga tahun untuk mengendalikan dan menyelenggara laluan di antara stesen Arafat 1 dengan stesen Jamarat di utara Mekah, mengambil alih daripada China Railway Construction Consortium.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021
Tajuddin berkata Prasarana akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan mereka dan tindakan undang-undang berkaitan. -Astro AWANI
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Pemilik Spanco, Robert Tan tiba di mahkamah
Robert Tan menghadapi pertuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.