awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prebet tentera mengaku ceroboh rumah, menyamar tipu Panglima 3 Divisyen

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/01/2024
04:44 MYT
Prebet tentera mengaku ceroboh rumah, menyamar tipu Panglima 3 Divisyen
Tertuduh, Muhammad Fikri Shaiff, didenda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan menceroboh dan menyamar di rumah Panglima 3 Divisyen Kem Terendak, Sungai Udang, November tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang prebet tentera didenda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan menceroboh dan menyamar di rumah Panglima 3 Divisyen Kem Terendak, Sungai Udang, November tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Fikri Shaiff, 35, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan larangan rumah Panglima 3 Divisyen seperti termaktub di bawah perintah tetap Markas Garisan Terendak.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau dengan denda atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah kanun sama.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah memakai uniform lengkap angkatan tentera berpangkat staf sarjan dengan niat bahawa ia mungkin dipercayai tergolong dalam jawatan berpangkat itu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 171 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM400 atau kedua-duanya sekali, mengikut jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Pos Seri Setia Kem Terendak, di dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 6.09 pagi 14 November tahun lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh sebelum ini berpangkat staf sarjan dan telah dilucutkan pangkat kepada prebet susulan masalah disiplin selain dalam proses diberhentikan kerja semasa kejadian.
Laporan kejadian diterima daripada anggota bertugas di Pos Seri Setia Kem Terendak Sungai Udang berkenaan pencerobohan yang dilakukan tertuduh di pekarangan Rumah Panglima 3 Divisyen dengan niat hendak menipu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya bagaimanapun memohon hukuman ringan kerana dia sedang dalam proses dokumentasi untuk penamatan tugas selain perlu menjaga ibu yang sudah uzur.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 bagi pertuduhan pertama atau satu bulan penjara jika gagal bayar.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dikenakan denda RM400 atau jika tidak boleh dipenjara 10 hari.
Topic Berkaitan
#prebet tentera
#ceroboh rumah
#Panglima 3 Divisyen
#Kem Terendak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan