awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Prem Esaan' hina Islam sudah ditahan - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2025
08:31 MYT
'Prem Esaan' hina Islam sudah ditahan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada jam 2.30 petang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook, Prem Esaan yang memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam ditahan di Johor pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Prem Esaan ditahan di Johor kerana memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam di Facebook.
  • Polis merampas telefon bimbit suspek untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Hantaran tular di media sosial menyentuh isu perkauman, agama, dan provokasi berkaitan insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman pada 2018.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada jam 2.30 petang.
"Polis telah merampas telefon bimbit suspek untuk siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada Selasa.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Prem Esaan berhubung kes memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam.
Laporan diterima polis pada 20 Mac selepas hantaran berkenaan tular di media sosial.
Dalam hantaran itu, pemilik akaun terbabit membuat kenyataan berunsur penghinaan terhadap umat Islam, Allah dan al-Quran.
Terdahulu tular di media sosial beberapa tangkap layar memaparkan hantaran oleh individu berkenaan antaranya menyentuh isu perkauman dan agama malah membuat provokasi berkaitan insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman pada 2018. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Prem Esaan
#hina Islam
#ditahan polis
#Razarudin Husain
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan