BENTONG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan membawa cadangan supaya premis kerajaan seperti hospital, pusat latihan polis, kem tentera dan asrama sekolah, untuk menggunakan beras import bersubsidi bagi membolehkan lebih banyak beras tempatan berada di dalam pasaran.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan pada Isnin depan.
Beliau berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.
"Kita gunakan beras lokal ini untuk orang awam, maka (premis) kerajaan beli beras import dengan harga (bersubsidi) yang tidak tinggi, mungkin dalam RM32 hingga RM35 sekampit," katanya selepas menghadiri program Sembang Santai Perpaduan di Simpang Pelangai di sini pada malam Khamis.
Sementara itu, Mohamad berkata India dijangka memberi jawapan, sama ada negara itu akan membenarkan beras putih terus dieksport ke Malaysia, pada minggu depan.
Terdahulu, Mohamad berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari India, bagi menyatakan hasrat Malaysia agar negara itu terus mengeksport beras putih ke negara ini.
Mengenai dakwaan kekurangan bekalan beras tempatan berpunca daripada tindakan pembekal menyorokkan stok, beliau menafikan perkara berkenaan dan menjamin tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di seluruh negara.
Beliau meminta orang ramai untuk tidak mengambil tindakan melulu dan menyerbu mana-mana premis yang disyaki menyorok bekalan beras tempatan.
"Jangan kita ambil undang-undang ditangan kita sendiri. Kalau ada kita dengar (berlaku penyorokkan bekalan) kita lapor, insya-Allah pegawai-pegawai penguat kuasa akan bertindak. Lapor kepada kementerian yang berkaitan atau buat laporan kepada pihak polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Mohamad berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada Isnin depan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Bantuan awal persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Hajibah Alan dapat memenuhi keperluan dua anak-anaknya yang masih bersekolah.
Unifil amat bimbang dengan keselamatan anggota
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anggota-anggota pengamannya yang cedera akibat serangan Israel di selatan Lubnan. Majlis ini juga berkali-kali menyatakan pendirian agar kedamaian dan keselamatan dikembalikan di rantau itu dengan segera.
Perbicaraan Andrew dan Tristan Tate belum diputuskan
Dua pempengaruh media sosial terkenal, Andrew Tate dan adiknya Tristan Tate yang ditahan atas dakwaan jenayah penyeludupan manusia, merogol dan membentuk kumpulan jenayah terancang tampil buat pertama kali menantikan tarikh perbicaraan mereka yang sehingga kini belum ditentukan. Kedua-dua adik beradik ini tegas menafikan setiap pendakwaan yang dibuat terhadap mereka dan menyatakan bahawa mereka tidak wajar ditahan jika tiada bukti sahih yang menunjukkan mereka bersalah.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
‘Goodbytz' guna robot sedia makanan buat staf hospital
Ramen, Gnocchi, Pho, Mee Udon, nasi goreng, pasta. Ada macam-macam makanan yang disediakan di hospital Universiti Tuebingen di Jerman. Namun, apa yang menarik? Makanan-makanan ini disediakan oleh robot sepenuhnya.
Lelaki lepaskan tembakan rambang di lebuhraya Tel Aviv
Seorang individu melepaskan tembakan rambang di lebuhraya selatan Tel Aviv, Israel membunuh anggota polis dan beberapa individu.
Israel 'tutup' Gaza, usir penduduk secara besar-besaran
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Israel sedang menutup sepenuhnya Gaza Utara dan mungkin melaksanakan pemindahan besar-besaran penduduk awam, yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.
KPM beri guru, sekolah autonomi dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025 sebagai langkah penambahbaikan dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pesawat A330NEO ditangguhkan, dijangka tiba akhir november 2024
Pada asalnya, pesawat itu dijadualkan untuk penghantaran pada September 2024, namun kini dijangka tiba pada akhir November 2024.
Harga beras: PM arah NACCOL muktamadkan hasil libat urus sebelum dibawa ke Kabinet
Anwar mengarahkan supaya hasil perbincangan libat urus pada NACCOL termasuk harga beras, supaya dibentang dan dimuktamadkan pada mesyuarat seterusnya pada 20 Mac ini.
Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya kategori import mudah didapati dan dijual dengan harga sekitar RM20 bagi 5kg serta RM71 untuk 10kg.
Subsidi RM400 juta untuk premis kerajaan guna beras import - PM Anwar
Anwar berkata langkah itu dapat meningkatkan bekalan beras tempatan kira-kira lima peratus, jumlah yang digunakan oleh premis kerajaan berkenaan.
Kerajaan umum empat langkah intervensi tambahan tangani isu beras - Mohamad Sabu
Kerajaan akan melaksanakan empat langkah interversi tambahan bagi menangani masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran.
Bekalan beras agak kelam kabut tapi sudah mula pulih - Mat Sabu
Pembelian panik yang melebihi keperluan bulanan selain trend peralihan pengguna beras putih import kepada beras putih tempatan menjadi punca bekalan sumber makanan rutin itu terjejas di pasaran.
Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi
Mohamad berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.
BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi
BERNAS menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan 38 peratus.
Jangan buat pembelian panik, beras mencukupi di Johor - Exco
Penggunaan beras bagi rakyat negeri ini hanya 21,000 tan metrik sebulan manakala bekalan yang ada 23,000 tan metrik.
Bekalan beras tempatan kurang kerana pembelian panik - Mohamad Sabu
Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut termasuk melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan.
Harga beras tempatan masih terkawal, bekalan mencukupi - Mat Sabu
Masyarakat tidak perlu bimbang dengan perkara ini kerana pihaknya akan memastikan bekalan beras mencukupi.