awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis perniagaan termasuk jual 'nombor ekor' milik warga asing disita

Sinar Harian
Sinar Harian
02/10/2023
05:25 MYT
Premis perniagaan termasuk jual 'nombor ekor' milik warga asing disita
MPK memaklumkan fokus utama operasi berkenaan adalah terhadap warga Bangladesh, Rohingya dan Pakistan yang menjalankan perniagaan di lokasi tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Sembilan premis perniagaan termasuk yang menjalankan aktiviti nombor ramalan di Pangsapuri Golden Villa, Taman Sentosa, di sini disita serta dikompaun dalam operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
MPK dalam satu kenyataan memaklumkan fokus utama operasi berkenaan adalah kepada warga Bangladesh, Rohingya dan Pakistan yang menjalankan perniagaan di lokasi tersebut.
"Hasil pemeriksaan terdapat 10 premis menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan di situ iaitu aktiviti nombor ramalan (1), kedai runcit (4), kedai makan (4), kedai gunting rambut (1) dan kedai jahit pakaian (1).
"Sembilan perniagaan beroperasi tanpa lesen perniagaan daripada pihak berkuasa melesen manakala sebuah premis sahaja mempunyai lesen 2023 daripada pihak berkuasa melesen," katanya.
Sehubungan itu, lapan tindakan sitaan diambil MPK mengikut UUK 3(1) PEM (MPK) 2007 (3), sitaan UUK 3 PTPP (MPK) 2007 (4) dan sitaan UUK 3(1) PKPK (MPK) 2007 (1).
Dua kompaun turut dikeluarkan di bawah UUK 3(1) PEM (MPK) 2007 dan di bawah UUK 3 PTPP (MK) 2007. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#premis jualan
#nombor ekor
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan