Sebuah premis memproses todi di Pusing, dekat sini, yang telah beroperasi sejak 30 tahun lalu, diarah tutup serta-merta selama 14 hari untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Walaupun pemiliknya mempunyai lesen daripada Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan, keadaan premis itu sangat kotor sehingga terdapat tikus mati di dalam salah satu tong memproses todi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak A Sivanesan berkata, Jabatan Kesihatan mempunyai kuasa mengeluarkan arahan penutupan tersebut mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Kita akan sita tempat ini dan pemilik mempunyai 14 hari untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan. Selepas 14 hari, pegawai Jabatan Kesihatan akan melawat lagi tempat ini.
"Kalau pihak ini puas hati, mereka boleh teruskan dengan kerja-kerja mereka, penjualan mereka. Dan jika kita tidak puas hati, kita akan lanjutkan tempoh 14 hari itu," katanya.
Sivanesan ditemui selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke premis itu dalam satu operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan penjualan minuman beralkohol hari ini.
Premis berkenaan terletak jauh daripada kawasan perumahan dan dikelilingi pokok kelapa, yang merupakan sumber bahan utama dalam proses membuat todi.
Operasi bermula pukul 10 pagi yang disertai pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Makmal Kesihatan Awam, Ipoh, itu turut melakukan pemeriksaan di sebuah kilang minuman keras di Kawasan Industri Pengkalan Maju, Jelapang.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan.
Menurut laporan Bernama, pemilik premis memproses todi itu akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya masih berdegil dengan menjalankan operasi pada tempoh masa yang dilarang.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 15 2019

Sivanesan menunjukkan tempat pemprosesan air todi yang kotor ketika menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di premis penyediaan minuman beralkohol di Pusing hari ini. - Astro AWANI

AWANI Ringkas: ADUN Sebatik umum keluar Warisan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peniaga gulai itik parah, perut terburai di dalam kereta
Seorang peniaga warung makan berusia 59 tahun ditemui cedera parah dengan perut terburai akibat ditikam orang tidak dikenali dalam kejadian samun di Jalan Lencongan Timur Sungai Petani awal pagi Khamis.

MyFutureJobs | Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam penempatan pekerja menerusi MyFutureJobs, tahun ini berbanding tahun lalu.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892524/8967789641614256142621_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)

Thailand terima bekalan pertama vaksin China
Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac keluaran China dengan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-Cha akan menjadi individu pertama disuntik diikuti petugas barisan hadapan dan golongan mudah terjejas.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Penggunaan domestik kekal terajui kestabilan ekonomi China
Kestabilan ekonomi China terus disumbang penggunaan domestik yang mencecah nilai AS$6 trilion atau RM24.2 trilion pada 2020 sekali gus menyumbang 54.3 peratus kepada KDNK.

COVID-19: Kes kembali bawah 2,000, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM 25 Feb
Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
Beliau akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Vaksin COVID-19 | Penduduk Pulau Pinang lega, optimistik
Rata rata penduduk Pulau Pinang lega dan optimis dengan permulaan pengedaran vaksin COVID-19 di negara ini. Bagi mereka, ketibaan vaksin itu membawa sinar harapan dan merupakan langkah permulaan untuk kembali kepada kehidupan sediakala.

Tidak kecewa, ikrar jadi pembangkang bantu Kerajaan - Asmuni
Bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Harapan (PH) tidak sesekali berasa kecewa atas peralihan kerajaan yang berlaku.

Perak catat 29 kes keracunan metanol dengan 16 kematian
Daripada jumlah itu, 28 sampel klinikal diambil untuk analisa ujian metanol dan lima daripadanya didapati positif.

Premis proses todi berusia 30 tahun diarah tutup sementara
Walaupun pemiliknya mempunyai lesen daripada Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan, keadaan premis itu sangat kotor sehingga terdapat tikus mati di dalam salah satu tong memproses todi.

Tiada masalah kesihatan di perkampungan Orang Asli di Perak
Semua perkampungan Orang Asli di Perak berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang masalah kesihatan dihadapi oleh penduduk.

Pelajar STAR dilanda penyakit misteri? Ini penjelasan Exco Kesihatan Perak
Seramai empat pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini, disahkan positif Influenza A H1N1, bukan penyakit misteri seperti yang tular di dalam media sosial.

Arak tiruan meragut satu lagi nyawa di Perak
Seorang lagi mangsa yang kritikal masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Tiada kes terbaru keracunan metanol di Perak
Tiga mangsa yang masih dirawat termasuk dua kritikal di unit rawatan rapi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Portfolio Exco Perak dijangka umum selewatnya Rabu ini
Menurut Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, seorang daripada Exco berkenaan, barisan Exco juga dijadualkan bermesyuarat buat pertama kali pada Rabu ini.