IPOH: Majlis akad nikah di negeri ini boleh dilaksanakan di premis swasta, Pejabat Agama Islam dan Pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Perak.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi surat pekeliling di laman Facebook berkata, majlis akad nikah itu bersesuaian dengan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di negeri ini dan berkuat kuasa mulai hari ini.
Antara prosedur kerja majlis akad nikah itu ialah boleh dilaksanakan di tempat seperti premis swasta seperti dewan serbaguna, hotel dan inap desa.
Selain itu, acara sama boleh juga diadakan di Pejabat Agama Islam di seluruh Perak dan Pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Perak.
"Jumlah kehadiran majlis akad nikah tidak melebihi 50 peratus kapasiti keluasan premis tersebut.
"Tempoh masa setiap majlis akad nikah tidak melebihi 1 jam 30 minit, sebarang penyediaan jamuan makan dalam majlis akad nikah tidak dibenarkan dan penyediaan makanan adalah secara bungkusan," kata JAIPk pada Rabu.
Surat pekeliling JAIPk turut memaklumkan, pematuhan sepenuhnya semua protokol kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus diambil perhatian termasuk pemeriksaan suhu badan dan mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis.
Semua pihak yang terlibat dalam acara itu juga diingatkan untuk mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka sepanjang masa upacara pernikahan berlangsung dan kerap membasuh tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman.
Bagaimanapun, JAIPk turut meningatkan sebarang kehadiran dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), person under surveillance (PUS), individu dalam perintah kuarantin serta memiliki gejala adalah tidak dibenarkan.
Aida Aziz
Wed Oct 13 2021
Bakal pengantin di negeri Perak sudah dibenarkan mengadakan majlis akad nikah di tempat seperti dewan serbaguna, hotel dan inap desa dengan jumlah kehadiran tetamu tidak melebihi 50 peratus kapasiti keluasan premis tersebut. - Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan
Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.
Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua
Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.
Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 malam Khamis.
Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000
Dalam majlis itu, Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin RM15,000 dan sebentuk cincin.
Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie
Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai.