GERIK: Pusat perniagaan berasaskan keindahan tasik dan alam semula jadi, Premium Outlet Perak di Batu Gajah yang sepatutnya dibuka pada hujung tahun 2020, dijangka beroperasi sebaik selesai persiapan akhir.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya dimaklumkan pembukaan gedung beli-belah berkonsepkan alam semula jadi yang diberi nama 'Silverlake Brand Village Outlet' itu, akan dibuat secepat mungkin sekali gus menjadi destinasi baharu pelancongan di Lembah Kinta.
"Ini merupakan projek swasta dan tidak boleh dipaksa bila hendak dibuka, tetapi apa yang dilaporkan kepada saya semasa hadir ke tempat itu, mereka sebolehnya ingin segera bermula tetapi mungkin masih ada persiapan terakhir.
"Ia termasuk permohonan kepada Jabatan Kerja Raya supaya meluaskan jalan masuk, jadi kami akan berkolaborasi dengan mereka kerana lagi cepat dibuka lebih baik termasuk kepada peniaga lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penanaman permulaan Ladang Durian Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di Ladang Ayer Kala, Lenggong di sini, hari ini.
Baru-baru ini, gedung perniagaan di kawasan seluas 13.35 hektar itu yang secara fizikalnya telah siap dibina tetapi masih belum dibuka kepada umum hingga kini, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warga Perak.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Pertanian negeri, sepanjang tahun lepas Perak telah mengeksport hasil pengeluaran durian dalam bentuk produk tanaman segar dan proses ke empat negara iaitu Australia, China, Hong Kong dan New Zealand.
"Keseluruhan eksport melibatkan empat negara ini menerusi produk tanaman segar adalah 416,700 kilogram (kg), manakala produk proses pula sekitar 98,265kg.
"Daripada dapatan ini membuktikan potensi eksport durian sejuk beku ke pasaran berkenaan amat besar dan peluang seumpama ini harus diteroka serta digunakan sebaiknya oleh PPPNP dan pengusaha durian di Perak bagi mengoptimumkan pendapatan," katanya.
Menurutnya PPPNP juga merancang untuk melaksanakan pembangunan projek penanaman durian di beberapa ladang miliknya di seluruh negeri, membabitkan keluasan sekitar 628 hektar dan anggaran kos RM44.41 juta pada tahun ini, dengan antara varieti utama durian yang akan ditanam seperti Musang King, Duri Hitam dan D99.
Dalam pada itu, Saarani berkata 107 lokasi bazar Ramadan bakal beroperasi di seluruh Perak membabitkan 5,589 tapak gerai bermula esok, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022

Saarani berkata, pihaknya dimaklumkan pembukaan gedung beli-belah berkonsepkan alam semula jadi yang diberi nama 'Silverlake Brand Village Outlet' itu, akan dibuat secepat mungkin. - Gambar fail

Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

MEF: Biar industri tentukan aturan kerja fleksibel berdasarkan keperluan perniagaan
Aturan Kerja Fleksibel (AKF) tidak sewajarnya ditentukan kepada perniagaan, sebaliknya, industri perlu membuat penetapan berdasarkan keperluan perniagaan mereka.

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Premium Outlet di Batu Gajah akan dibuka selepas selesai persiapan akhir
Pembukaan gedung beli-belah berkonsep alam semula jadi yang diberi nama 'Silverlake Brand Village Outlet' itu, akan dibuat secepat mungkin.

'Premium Outlet' bakal diwujudkan di semua daerah bantu usahawan desa
KKLW akan wujudkan pusat jualan atau 'Premium Outlet' di setiap daerah dalam usaha membantu usahawan desa memasarkan produk mereka.

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sasar lima juta pengunjung akhir 2015
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menyasar kedatangan lima juta pengunjung ke premis itu menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Pengarah Urusan MAHB -Mitsui, TJ Cheah.

Sepang pusat "premium outlet" terbaru Malaysia
Sepang bakal menjadi pusat "premium outlet" terbaru di Malaysia menerusi kerjasama pemaju tempatan dengan pelabur Amerika Syarikat.

'The Outlet Shoppes' bakal beroperasi di Sepang mulai 2014
Pusat 'premium outlet' terbaru di Malaysia menampilkan hasil kerjasama pemaju tempatan dan pelabur Amerika Syarikat.