awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Filipina sifatkan hubungan dengan Anwar sebagai paling rapat

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2023
14:55 MYT
Presiden Filipina sifatkan hubungan dengan Anwar sebagai paling rapat
Anwar bersalaman dengan Marcos ketika sidang media selepas menerima kunjungan hormat Presiden Filipina di Bangunan Perdana Putra pada 26 Julai lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ferdinand Marcos Jr menyifatkan hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai paling rapat.
Dalam temu bual bersama Manila Bulletin, Presiden Filipina itu berkata Anwar adalah sahabat lama dan persahabatan mereka telah terjalin sejak dulu lagi.
Berkongsi lanjut, Marcos berkata beliau sempat bertemu dengan Anwar selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu baru dibebaskan daripada tahanan.
"Salah satu kejutan yang menarik ialah beliau merupakan peminat sejati Jose Rizal (pejuang bangsa di Filipina), malah pernah mengadakan siri syarahan tentang Rizal," kata Marcos seperti dilapor Manila Bulletin.
Kedua-dua pemimpin berkenaan telah berjumpa secara rasmi dua kali pada tahun ini.
Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Filipina pada Mac lalu, manakala Marcos pula mengunjungi Malaysia pada Julai.
Selain itu, dalam temu bual sama, Marcos turut mendedahkan beliau rapat dengan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, yang dikenalinya melalui Pengerusi Ayala Corporation, Jaime Augusto Zobel de Ayala.
"Beliau adalah pemerhati yang sangat tajam dalam politik global, mempunyai hubungan yang hebat, dan bersedia untuk berkongsi," kata Marcos.
Pada Julai lalu, Marcos mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia.
Semasa lawatan tersebut, Malaysia dan Filipina antaranya bersetuju untuk menyokong Kepusatan ASEAN dan terus bekerjasama rapat untuk menangani pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh geopolitik dan sosioekonomi yang sentiasa berubah.
Malaysia adalah rakan dagangan ke-10 terbesar Filipina dan sumber ke-22 pelaburan yang diluluskan pada 2022, selain berada pada kedudukan ke-20 dari segi sumber ketibaan pelancong pada 2023.
Topic Berkaitan
#Presiden Filipina lawat Malaysia
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Ferdinand Marcos Jr
#paling rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan