awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Guinea-Bissau, Embalo diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Khalis Khadir
Khalis Khadir
04/06/2025
01:30 MYT
Presiden Guinea-Bissau, Embalo diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Embalo melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan terdiri yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Presiden Republik Guinea-Bissau, Jeneral Umaro Sissoco Embalo diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada Rabu sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Embalo pada jam 9 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Embalo kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Embalo tiba di Kuala Lumpur pada 3 petang Selasa dan ini merupakan lawatan pertamanya ke Malaysia sejak beliau dilantik pada Februari 2020.
Beliau dan Anwar akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi bertukar pandangan isu serantau dan antarabangsa.
Ini juga termasuk kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan serta pembangunan kapasiti.
Perdana Menteri juga akan menjadi hos bagi majlis jamuan rasmi di Kompleks Seri Perdana sebagai penghormatan kepada Embalo dan delegasinya.
Malaysia dan Guinea-Bissau menjalinkan hubungan diplomatik sejak November 1974.
Pada 2024, jumlah dagangan Malaysia dengan Guinea-Bissau mencecah RM4.1 juta, dengan eksport Malaysia bernilai RM4.04 juta dan import sebanyak RM60,000.
Topic Berkaitan
#Presiden Guinea-Bissau
#Umaro Sissoco Embalo
#lawatan rasmi
#PM Anwar Ibrahim
#Perdana Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan