awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Jokowi, tokoh politik Indonesia ucap tahniah kepada Anwar

Bernama
Bernama
25/11/2022
03:46 MYT
Presiden Jokowi, tokoh politik Indonesia ucap tahniah kepada Anwar
Presiden Indonesia, Joko Widodo menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. - Gambar Instagram @Jokowi
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Anwar, tokoh yang sudah sekian lama dikenali dan dihormati rakyat Indonesia, tulis presiden yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi dalam hantaran di akaun media sosialnya pada Jumaat.
"Saya berharap kedekatan tersebut membuat hubungan dua negara serumpun semakin kukuh di semua bidang terutamanya dalam bidang ekonomi, perbatasan dan perlindungan warga negara," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Joko Widodo (@jokowi)
Jokowi yang menjadi ketua negara pertama menghubungi Anwar selepas pelantikannya, mendoakan agar Perdana Menteri diberikan kekuatan dan kemudahan dalam memimpin Malaysia.
Turut menzahirkan tahniah ialah ketua umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri, puteri sulung Presiden Soekarno dan pernah menjadi presiden kelima Indonesia.
Menurut setiausaha agung PDI-P, Hasto Kristiyanto, kali terakhir kedua-dua pemimpin bertemu pada Oktober 2018 ketika Anwar dianugerahkan gelaran 'doctor honoris causa' oleh Universiti Negeri Padang.
PDI-P berharap pentadbiran Anwar cemerlang demi kemajuan Malaysia, merealisasikan kestabilan politik dan meningkatkan kerjasama Indonesia-Malaysia serta kestabilan serantau melalui ASEAN.
Parti politik yang diwakili Jokowi itu juga bersedia menjalin kerjasama dengan parti politik yang ada di Malaysia, khususnya gabungan Pakatan Harapan, kata Hasto dalam satu kenyataan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Anwar Ibrahim PM ke-10
#Jokowi ucap tahniah
#Malaysia - Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan