awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden KAWAT meninggal dunia akibat sesak nafas

Bernama
Bernama
18/07/2022
02:32 MYT
Presiden KAWAT meninggal dunia akibat sesak nafas
Menurut isterinya, sebelum kejadian, Allahyarham Khairul Azlam sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik. - Gambar fail/Facebook Mohd Nasir Abdullah
KUALA TERENGGANU: Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) Khairul Azlam Mohamad meninggal dunia selepas sesak nafas di kediamannya di Taman Perumahan Permint Perdana di Seberang Takir dekat sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.
Menurut isteri Allahyarham, Wan Sabariah Wan Musa, 49, arwah yang berusia 51 tahun meninggal dunia secara mengejut selepas mengadu sakit dada ketika sedang menyiapkan kerja di rumahnya.
"Arwah pulang ke rumah kira-kira pukul 1 pagi tadi dan selepas itu dia sambung buat kerja di rumah.
"Bagaimanapun kira-kira pukul 4 pagi, arwah tiba-tiba mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri. Ambulans tiba kemudian dan mengesahkan bahawa arwah dah tiada," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Wan Sabariah, sebelum kejadian, Allahyarham Khairul Azlam yang juga Ketua Biro Harakah Terengganu sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.
Katanya, solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamek Tok Jiring pada 11 pagi ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maahad Tahfiz Wan Al Tarbiyyah, Tok Jiring.
Selain isteri, arwah turut meninggalkan sembilan anak yang berusia 10 hingga 25 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Khairul Azlam Mohamad
#Ketua Biro Harakah Terengganu
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan