awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Kosovo tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari

Bernama
Bernama
01/05/2025
11:14 MYT
Presiden Kosovo tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari
Vjosa Osmani, yang tiba di KLIA dengan penerbangan komersial, disambut mesra oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Kompleks Bunga Raya. - Bernama
SEPANG: Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari yang juga adalah kunjungan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada 4 April 2021.
Osmani, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1 KLIA) di sini dengan penerbangan komersial, disambut mesra oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Kompleks Bunga Raya pada 5.25 petang.
Sejurus tiba, beliau memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Nafis Norshid.
Menurut Wisma Putra, Osmani akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok yang disusuli mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka memfokus kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam sektor utama termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan serta pertukaran antara rakyat Malaysia dan Kosovo.
Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.
Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Okt 2008 sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.
Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.
Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (USD6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (USD5.5 juta) dan import RM2.63 juta (USD550,000).
Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit,produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Kosovo
#Vjosa Osmani
#lawatan rasmi
#Mesyuarat Dua Hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan