awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Maldives Mohamed Muizzu tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi

Bernama
Bernama
27/04/2025
12:33 MYT
Presiden Maldives Mohamed Muizzu tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi
Ini merupakan lawatan pertama Muizzu ke Malaysia sejak menjadi presiden pada November 2023 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama
SEPANG: Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu tiba di Malaysia sempena lawatan rasmi empat hari di negara ini.
Muizzu, diiringi anggota menteri Kabinet Maldives dan pegawai kanan kerajaan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 5.31 petang.
Sejurus tiba, beliau memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) di Kompleks Bunga Raya pada 6.05 petang.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyambut ketibaan Muizzu dan rombongannya.
Ini merupakan lawatan pertama Muizzu ke Malaysia sejak menjadi presiden pada November 2023 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Wisma Putra, Muizzu akan diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok, diikuti mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu hubungan dua hala serta peluang kerjasama antara Malaysia dan Maldives khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta belia dan sukan.
Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu MoU mengenai Kerjasama dalam bidang Pelancongan, MoU mengenai Kerjasama dalam bidang Sukan dan MoU mengenai Kerjasama dalam bidang Kesihatan, selain dua Pertukaran Nota (EoN) dalam bidang Latihan Diplomatik dan penubuhan Konsultasi Dua Hala antara Malaysia dan Republik Maldives.
Pada Selasa, Muizzu akan dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penganugerahan ijazah kehormat itu akan disempurnakan oleh Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.
Sempena penganugerahan itu, Muizzu juga akan menyampaikan syarahan umum bertajuk "The Intellectual Renaissance: Unveiling the Scientific and Modern Developments of Islamic Civilization".
Pada 2024, jumlah dagangan Malaysia dan Maldives mencatatkan peningkatan 4.3 peratus kepada RM862.7 juta (US$189 juta) berbanding RM827.3 juta (US$180.9 juta) pada 2023, menjadikannya rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Maldives
#Mohamed Muizzu
#Lawatan Negara
#Malaysia
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan