awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden PKBM meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/11/2023
13:02 MYT
Presiden PKBM meninggal dunia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi. - BERNAMA
MELAKA: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.
Berita kematian Allahyarham tersebut disahkan oleh anak keduanya, Norazman yang juga Naib Presiden PKBM ketika dihubungi pemberita.
Katanya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun selepas setahun menghidap kanser prostat tahap empat.
"Kesihatannya semakin merosot sejak dua minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital Ahad lepas kerana tiada selera makan," katanya.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Halimah Ali, 82, tujuh anak, cucu dan cicit.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok sekitar 12 tengah hari esok.
Abu Samah memegang jawatan sebagai Presiden PKBM sejak 1990 dan melakar sejarah baharu dalam arena sukan tanah air apabila menerima Anugerah Merit Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) pada Mei lepas, sekali gus merupakan tokoh sukan pertama di negara ini yang menerima Anugerah Merit daripada badan induk dunia - Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), benua - Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan wilayah serantau - ACF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden PKBM
#Abu Samah Abd Wahab
#meninggal dunia
#Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan