awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prisma: RM54 juta diagih pada pemain industri kreatif - Saifuddin

Bernama
Bernama
05/08/2021
07:34 MYT
Prisma: RM54 juta diagih pada pemain industri kreatif - Saifuddin
Saifuddin berkata, kerajaan menyasar untuk mengagihkan baki dana tersebut kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini. - Bernama
KUCHING: Sebanyak RM54 juta daripada RM89.2 juta dana diperuntukkan bagi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) telah diagihkan kepada penggiat industri kreatif negara, setakat ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan menyasar untuk mengagihkan baki dana tersebut kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini.
Beliau berkata sehingga kini, lebih 14,000 penerima daripada industri filem, kandungan kreatif digital serta muzik telah memanfaatkan bantuan tersebut.
"Kita ingin agihkan (dana Prisma) sebelum akhir Disember ini dan bantuan ini merangkumi pelbagai aspek melibatkan semua pemain industri kreatif.
"Sebagai contoh, untuk pemain industri filem, kita beri subsidi buat mereka jalankan sanitasi di tempat kerja serta subsidi untuk melakukan ujian swab untuk pelakon dan kru yang terlibat dengan sebarang penggambaran," katanya.
Saifuddin berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Sarawak Media Group (SMG) secara maya, hari ini.
Dilancarkan pada 5 Feb lepas, Prisma merupakan inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertujuan memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19.
Menerusi kerjasama tersebut, RM2.9 juta akan diperuntukkan bagi menjayakan sembilan projek kerjasama antara FINAS dan SMG dalam penghasilan kandungan kreatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakej rangsangan
#industri kreatif
#PRISMA
#Saifuddin Abdullah
#digital
#muzik
#dana
#bantuan
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan