awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen

Bernama
Bernama
03/11/2023
03:40 MYT
PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen
Mohd Azman berkata, bagi penugasan hari pengundian esok, seramai 624 petugas PDRM ditempatkan di kesemua 14 pusat mengundi. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Sejumlah 128 permit ceramah serta kempen untuk parti politik yang bertanding sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah mendapat kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya hanya menerima lima laporan polis sepanjang tempoh berkempen PRK berkenaan.
"Hanya kes kecil sahaja iaitu melibatkan kehilangan bendera jadi tidak ada kes serius sepanjang tempoh (berkempen) berkenaan. PDRM ingin mengucapkan terima kasih kepada parti politik bertanding kerana tidak menimbulkan insiden yang mengganggu ketenteraman awam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.
Mohd Azman berkata bagi penugasan hari pengundian esok, seramai 624 petugas PDRM ditempatkan di kesemua 14 pusat mengundi manakala 595 petugas digerakkan bagi peringkat penjumlahan undi.
PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
PRK DUN Jepak yang berlangsung esok diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK DUN Jepak
#laporan polis
#Polis Sarawak
#permit ceramah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan