awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AGC terima kertas siasatan kadet PALAPES Syamsul Haris minggu lalu
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara
'Kedudukan saya dalam parti, kerajaan diumum pada PAU 2025’ - Akmal Saleh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Kuala Besut: PAS tolak kempen pilihan raya sentuh soal peribadi

Aizat Sharif
Aizat Sharif
12/07/2013
07:48 MYT
PRK DUN Kuala Besut: PAS tolak kempen pilihan raya  sentuh soal peribadi
PAS menolak sekeras-kerasnya kempen pilihan raya yang menyentuh soal-soal peribadi calon dalam Pilihan Raya Kecil N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kali ini.
Calonnya Azlan Yusof, 48 atau lebih dikenali sebagai Che Long memberitahu bahawa diharapkan dengan keberkatan bulan Ramadan ini tiadalah adanya kempen yang mencaci dan menyentuh soal-soal peribadi calon.
“Jikalau boleh tidak payahlah kempen yang menyentuh peribadi calon. Seelok-eloknya kita berkempen secara ‘gentleman’ atas dasar parti dan demi rakyat.
"PAS berjuang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, jadi perkara-perkara tidak baik sebegini tidak perlulah kita lakukan,” katanya kepada pemberita sejurus pengumuman calon-calon yang bakal bertanding untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut pagi tadi.
“Kita disini pun bukan orang lain tetapi kawan-kawan juga. Malah, Datuk Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) juga merupakan kawan kita juga,” kata beliau lagi.
Malah niat murni beliau bertanding bukanlah kerana wang tetapi adalah untuk membalas dan membantu rakyat yang banyak menyokong dan membantu beliau sebelum ini.
Azlan merupakan bekas ahli Umno Kuala Besut tetapi kemudian bertukar pandangan politiknya dengan menyertai Pas pada 1997.
Meskipun mengakui sedikit berasa gementar selepas proses penamaan calon tadi, beliau bagaimanapun akan terus berjuang dalam membawa wadah rakyat Kuala Besut.
Beliau bakal menentang calon Barisan Nasional yang juga merupakan anak tempatan kelahiran Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai ini terpaksa diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Topic Berkaitan
#azlan yusof
#Kuala Besut
#PAS
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan