awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Mahkota berjalan lancar - Ketua Polis Johor

Bernama
Bernama
28/09/2024
15:21 MYT
PRK DUN Mahkota berjalan lancar - Ketua Polis Johor
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar meninjau perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah hari ini. - Foto BERNAMA
KLUANG: Ketua Polis Johor Datuk CP M Kumar berkata proses Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Beliau berkata pihaknya secara keseluruhan telah menerima lapan laporan polis sepanjang pilihan raya itu dan enam kertas siasatan dibuka.
Kumar berkata daripada jumlah laporan polis itu, dua diterima hari ini membabitkan kes pemalsuan identiti seorang pengundi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Kes kedua pula membabitkan seorang pengadu mendakwa menerima panggilan daripada seseorang yang berkempen untuk sesuatu parti meskipun tempoh kempen telah tamat pada 11.59 malam semalam.
"Kita sedang mengesan individu yang membuat panggilan itu untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya pada sidang media di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini malam ini.
Semalam, Kumar berkata empat kertas siasatan dibuka melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 4A Akta Pilihan Raya 1954, Seksyen 504 dan 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau juga berkata sejumlah 878 pegawai dan anggota polis diatur gerak bagi pasca pilihan raya hingga 30 Sept ini untuk memastikan ketenteraman serta keselamatan awam.
Pasukan itu, katanya akan terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya dan pemantauan secara keseluruhan di kawasan berkenaan.
Kumar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama dalam memastikan kelancaran proses PRK itu sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat bahawa keselamatan mereka sentiasa menjadi keutamaan.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#polis johor
#berjalan lancar
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan