awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Sg Limau: Undi mula dikira

Bernama
Bernama
04/11/2013
10:03 MYT
PRK DUN Sg Limau: Undi mula dikira
Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bermula pukul 5.30 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam Isnin.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.
DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar, meliputi 25,323 orang atau 93 peratus pengundi Melayu, 1,842 orang atau 6.7 peratus (Cina), 15 orang atau 0.6 peratus (India) dan selebihnya kaum-kaum lain.
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negeri
#pilihan raya kecil
#Sungai Limau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan