BENTONG: Pesanan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menjadi pembakar semangat buat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam untuk menabur khidmat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Amizar berkata Allahyarham sering mengingatkannya agar mengenali secara dekat penduduk dan kawasan itu setiap kali mereka bertemu.
"Zar, kau kena kenal orang Pelangai, orang kena kenal kau siapa, kau kena kenal kawasan, kau kena kenal betul-betul Pelangai.
"Kata-kata arwah itu bila saya ingat semula bagaikan satu amanah untuk digalas, berjuang untuk mewarisi perjuangan yang ditinggalkannya, berkhidmat untuk rakyat di sini.
"Kata-kata itu jugalah menjadi kekuatan, pembakar semangat kepada saya untuk terus berjuang mempertahankan sejarah panjang BN di Pelangai ini.
"Saya akan berjuang habis-habisan untuk memastikan Pelangai kekal milik BN dan legasi Johari diteruskan," katanya kepada Bernama.
Amizar, 50, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong berkata beliau tidak menyangka kata-kata itu bagaikan satu pesanan ditinggalkan Johari kepadanya untuk mempertahankan kemenangan BN di Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, 7 Okt ini.
Johari, 53, penyandang kerusi DUN Pelangai, meninggal dunia akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Amizar berkata mereka berdua akrab dan kerap bertemu dengan kali terakhir adalah kira-kira tiga atau empat minggu sebelum tragedi pesawat berkenaan.
"Setiap kali kami bertemu, tidak lekang dari bibir arwah untuk berbicara mengenai Pelangai, jiwanya amat cintakan Pelangai, beliau bertekad menjadikan Pelangai satu tempat yang hebat untuk didiami, banyak perancangan.
"Dalam semua perancangan itu, beliau banyak berbincang, berkongsi dan meminta pendapat saya untuk sebarang penambahbaikan.
"Jadi secara tidak langsung blueprint yang arwah tinggalkan itu saya cukup tahu, faham dan kini masa dan peluang untuk saya teruskan dan realisasikannya demi Pelangai," katanya.
Menurutnya, antara perancangan Johari yang beliau mahu pastikan terlaksana demi pembangunan Pelangai adalah pembinaan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan Karak ke Simpang Pelangai.
Amizar berkata projek berkenaan sekiranya dilaksanakan akan memberi impak besar kepada Pelangai terutama dalam aspek limpahan dan kemakmuran ekonomi.
LTU atau sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Central Spine Road (CSR) menghubungkan Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong, kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.
Pada Mei lepas, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam peringkat menyediakan reka bentuk jajaran laluan bagi projek LTU dari Karak ke Simpang Pelangai.
Selain itu, Amizar berkata beliau dan Johari merupakan pemimpin UMNO dibentuk daripada didikan guru yang sama iaitu bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
"Kami dua-dua hasil didikan Long Nan (Adnan), yang juga pernah menyandang kerusi DUN Pelangai, jadi tune kami tidak jauh beza, ideologi, cara kerja kami juga sama dan saya yakin ia akan membantu saya meneruskan khidmat Johari di Pelangai dengan sempurna," katanya.
PRK Pelangai menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Amizar ketika bertemu pengamal media selepas menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Ulu Semei sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Pelangai. -Bernama

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

PRK Pelangai: Kemenangan BN sudah dijangka, rakyat mahu kesinambungan khidmat
Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai hari ini tidak mengejutkan dan sudah dijangka walaupun majoriti yang diperoleh berkurangan, menurut penganalisis.

PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik
Datuk Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selepas menang dalam PRK DUN Pelangai.

PRK Pelangai: BN menang, majoriti berkurangan kepada 2,949
Calon BN Datuk Amizar Abu Adam memenangi PRK DUN Pelangai, sekali gus mempertahankan kerusi yang dimenangi gabungan itu pada PRU15 yang lalu.

PRK Pelangai: Wan Rosdy, Allahyarham Johari Harun popular - Kaji selidik ahli akademik
Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar
Pesanan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menjadi pembakar semangat buat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam untuk menabur khidmat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.

PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.

PRK DUN Pelangai bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.

PRK Pelangai: Polis tempatkan 600 pegawai dan anggota
Jumlah itu memadai dan pegawai serta anggota berkenaan telah menjalani sesi latihan sebagai persediaan menghadapi PRK tersebut.

DUN Pahang rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Johari Harun
DUN Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun.