HULU SELANGOR: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) memberi jaminan Perikatan Nasional (PN) akan menerima undian terbesar daripada kaum India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), 11 Mei depan.
Presidennya, S P Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini selepas MIPP menyertai parti gabungan.
"Baru tiga hari kami melangkah masuk (sertai PN), sudah enam ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) 'bantai' kita. Maksudnya mereka sudah bimbang dan tahu masyarakat India tidak akan mengundi mereka di PRK kali ini.
"Ini PRK sahaja bukan Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi kenapa pemimpin PH bimbang dan takut? Tak perlu takut, kita lihat 11 Mei nanti bila undi dikira kita tahu siapa yang rakyat mahukan sebenarnya," katanya ketika menyampaikan pidato sempena Majlis Pengumuman Calon PN PRK KKB semalam.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan, MIPP secara rasmi diterima sebagai anggota penuh PN.
PRK DUN KKB diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu dari DAP, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian, 7 Mei pula hari pengundian awal dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.
PRK DUN KKB adalah PRK ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan enam daripadanya dilaksanakan tahun lalu iaitu Parlimen Kuala Terengganu (Ogos), Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), DUN Pelangai (Oktober), DUN Jepak (November) dan Parlimen Kemaman (Disember). - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 25 2024
Suasana di Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu di Bilik Gerakan Utama PN dekat Batang Kali, Hulu Selangor, pada Khamis. Gambar kecil: Punithan. - Foto Sinar Harian
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
PRK KKB: PH kekal di KKB, rakyat tolak politik perkauman - Nazri
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
PRK KKB: PN ketandusan idea, main isu perkauman - Fahmi
Fahmi minta jentera PN bagi PRK KKB itu supaya menghentikan bermain dengan sentimen perkauman kerana ia ibarat "senjata makan tuan".
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.