awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: Pertembungan BN dan PN

Bernama
Bernama
14/09/2024
03:00 MYT
PRK Mahkota: Pertembungan BN dan PN
Syed Hussien dan Mohamad Haizan ketika hadir mengemukakan borang pencalonan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang. - Foto BERNAMA
KLUANG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini, menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.
Mereka diumumkan sebagai calon yang layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid selepas proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, tamat pada 10 pagi.
Azurawati memaklumkan Syed Hussien yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada 9 pagi, diikuti Mohamad Haizan lima minit kemudian.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.
Terdahulu, Syed Hussien yang berbaju Melayu biru tiba di pusat penamaan calon diringi Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.
Turut kelihatan ialah Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Manakala bagi PN, antara yang hadir menyatakan sokongan kepada calon ialah Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengarah PRK Mahkota, serta Pengerusi PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Cuaca baik membolehkan ribuan penyokong kedua-dua parti yang bertanding berhimpun di sekitar pusat penamaan calon seawal 6.45 pagi, bagi menyambut ketibaan calon serta pucuk pimpinan parti mereka.
Selain 28 Sept sebagai hari pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan undi awal pada 24 Sept, manakala tempoh berkempen pula ialah selama 14 hari yang bermula hari ini hingga 11.59 malam, 27 Sept.
DUN Mahkota yang merupakan satu daripada dua DUN di bawah Parlimen Kluang, mempunyai 66,318 pengundi berdaftar terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,510 tentera serta pasangan, 401 polis dan 10 orang PTH (pengundi tidak hadir) luar negara.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#Syed Hussien Syed Abdullah
#Mohamad Haizan Jaafar
#Azurawati Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan