awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Pengantin sempat pergi mengundi sebelum bersanding

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2024
05:20 MYT
PRK Nenggiri: Pengantin sempat pergi mengundi sebelum bersanding
Atikah membuang undi di PDM SMK Sungai Asap, Gua Musang pada Sabtu. -Sinar Harian
GUA MUSANG: Meskipun sibuk dengan majlis persandingan yang berlangsung pada tengah hari, seorang pengantin baharu tetap menunaikan tanggungjawab dengan hadir mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
Atikah Abdul Ghani, 25, berkata, dia tidak pernah menyangka tarikh nikah dan bersanding yang dipilih menjadi hari bersejarah apabila ia sama dengan hari pengundian.
“Alhamdulillah saya dan pasangan dari Sepang, Selangor telah selamat diijab kabul pagi tadi. Sekarang ini tunggu majlis bersanding, saya lari sekejap ke sini untuk memilih wakil rakyat.” katanya kepada pemberita.
Menurut kakitangan swasta itu, walaupun hari ini semuanya sibuk dengan pilihan raya, namun majlis perkahwinannya berlangsung dengan meriah.
Ujarnya yang menetap di Kampung Sungai Asap B, dia pernah terfikir untuk menukar tarikh dan sebagainya tetapi sukar kerana semua persiapan perkahwinan telah ditempah.
"Walaupun rasa sedikit kekalutan tetapi rasa teruja," katanya yang pulang pada hari Rabu lalu.
Sementara itu, suaminya, Mohamed Hafizuddin, 25, memberitahu, tarikh hari ini akan menjadi kenangan buat mereka.
"Bukan kami yang ambil tarikh mengundi, tapi mengundi ambil tarikh kami," katanya berseloroh. -Sinar Harian
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#Atikah Abdul Ghani
#tarikh nikah dan bersanding
#hari pengundian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan