Kerajaan Negeri Pulau Pinang disifatkan mendera golongan nelayan di negeri itu dengan menyekat perancangan kerajaan pusat untuk mewujudkan perumahan nelayan dengan alasan yang tidak munasabah.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata selain perumahan, pelbagai infrastruktur lain kepada golongan nelayan dilihat turut dinafikan kerajaan negeri.
"Kebajikan golongan nelayan Pulau Pinang dipinggirkan kerajaan negeri pimpinan pembangkang semata-mata untuk mendapatkan keuntungan daripada pembangunan negeri.
"Ramai nelayan khususnya di Pulau Pinang menghadapi masalah seperti jeti nelayan tidak dibina, perkampungan nelayan terhakis untuk pembangunan selain mereka tidak mempunyai perumahan sendiri.
"Kerajaan pusat sememangnya ada perancangan untuk membantu kebajikan nelayan-nelayan tetapi kita menghadapi kesukaran kerana kerajaan negeri mewujudkan syarat-syarat yang tidak munasabah untuk menggagalkan perancangan berkenaan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: PRK P.Pauh: Pengundi India tidak pernah lupa pengkhianatan Anwar - Periasamy
BACA: PRK Permatang Pauh: 23 tahun minum air tadah hujan, keluarga minta bantuan
BACA: PRK P.Pauh: Desakan Anwar mengundi strategi PKR raih simpati - Reezal
Jelas Irmohizam yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, banyak rungutan diterima nelayan di Permatang Pauh selain meminta bantuan kerajaan pusat menyelesaikan masalah mereka.
Tegasnya, kerajaan negeri seharusnya memikirkan kepentingan nelayan dan membuktikan sifat prihatin kepada golongan berkenaan.
"Kerajaan negeri seharusnya membenarkan sahaja perancangan kerajaan pusat melalui LKIM untuk mewujudkan perumahan nelayan sekiranya mereka benar-benar prihatin dengan nasib nelayan tempatan.
"Kerajaan pusat memperuntukkan RM250 juta dalam membantu kebajikan dan kehidupan para nelayan tempatan sepanjang tahun ini.
"Tetapi kami menghadapi kesukaran mendapatkan tanah yang sesuai untuk membina perumahan nelayan kerana segala proses yang melibatkan tanah perlukan kelulusan kerajaan negeri," katanya.
Tambahnya, pengundi juga diminta memikirkan masa depan dan mengambil kesempatan untuk memilih calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Selain Suhaimi, tiga lagi calon ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).
Astro Awani
Wed May 06 2015
IRMOHIZAM: Kerajaan negeri 'seksa' nelayan di Pulau Pinang. -Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Industri acara perniagaan perlu tingkat kerjasama sektor awam, swasta - Irmohizam
Industri acara perniagaan secara langsung menjana lebih banyak keluaran (jualan perniagaan) daripada banyak sektor global yang besar.
Irmohizam terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat CEO Korporat - WDETS
Anugerah tersebut memberi mesej penting akan peranan ekonomi digital dalam masyarakat kini terutama selepas pandemik COVID-19.
COVID-19: Jumlah kehadiran penerima vaksin di PPV WTC KL cecah 18,000 sehari - Irmohizam
Irmohizam berkata orang ramai diminta bersabar serta mengikuti arahan dan SOP yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian vaksin.
Irmohizam muncul anak tempatan pertama dilantik Profesor Pelawat di Universiti Huaqiao
Huaqiao University ditubuhkan oleh pada tahun 1960 dan merupakan antara universiti terawal di republik itu yang menerima bilangan pelajar Malaysia yang ramai.
Irmohizam bakal wakili negara di Perhimpunan Agung WTCA di New York
Irmohizam merupakan rakyat Malaysia pertama menyandang kerusi dalam Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centers Association (WTCA).
Manifesto BN inklusif termasuk negeri pembangkang - Irmohizam
Manifesto BN lebih mementingkan serta memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang besifat serius dan ikhlas.
Dakwaan Azmin Ali dalam twitter tindakan terdesak Irmohizam
Dakwaan Azmin Ali yang mendedahkan kononnya seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan dalam catatan Twitter peribadinya pada Jumaat dilihat sebagai tindakan terdesak.