awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Permatang Pauh: Roti Benggali Telur Goyang juadah popular

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
06/05/2015
01:27 MYT
PRK Permatang Pauh: Roti Benggali Telur Goyang juadah popular
Sajian itu ringkas sahaja iaitu dua keping roti tawar yang dibakar dan disapukan dengan mentega dan kaya, disertakan dengan dua biji telur separuh masak diletakkan di atas roti itu. -Gambar Astro AWANI
Pekan Permatang Pauh terkenal dengan pelbagai juadah istimewa, tetapi apabila ditanyakan penduduk tempatan tentang makanan yang popular di situ, sudah pasti telunjuk diarahkan kepada warung yang menjual Roti Benggali Telur Goyang.
Warung Adik & Abang di Kampung Pertama, Permatang Pauh yang menjual juadah popular ini mula beroperasi sejak tahun 2011.
Apabila kru Astro AWANI tiba di pekarangan warung itu pada pukul 8 pagi tadi, hampir kesemua meja makan di situ penuh dengan warga kampung dan penduduk yang makan sarapan pagi sebelum bertolak ke kerja.
Hampir kesemua orang yang makan di warung itu, dilihat menjamah Roti Bengali Telur Goyang.
Sajian itu ringkas sahaja iaitu dua keping roti tawar yang dibakar dan disapukan dengan mentega dan kaya, disertakan dengan dua biji telur separuh masak diletakkan di atas roti itu.
roti bengali
roti bengali
Namun, apabila suapan pertama masuk ke dalam mulut, rasa masin daripada mentega dan rasa manis daripada kaya dicampur dengan telur yang meleleh memberikan rasa yang cukup enak kepada sajian ini.
Pemilik warung Adik & Abang, pasangan kembar bernama Muhammad Ridhwan Hafiz dan Muhammad Ridhauddin Haris, masing-masing berumur 23 tahun, berkata dalam sehari di antara 100 hingga 200 pingan Roti Bengali Telur Goyang dimasak untuk memenuhi permintaan penduduk.
"Kami hanya menjual sarapan pagi dan oleh kerana itu warung kami sentiasa penuh pada waktu pagi.
"Minggu pilihan raya kecil Permatang Pauh ini permintaan meningkat lagi banyak.
"Kami terpaksa menampung permintaan 50 peratus lagi banyak daripada permintaan biasa," kata Muhammad Ridhauddin, sambil menambah warung itu turut menjual nasi lemak dengan 10 jenis lauk pilihan pelanggan.
Kembar itu yang merupakan pengundi Permatang Pauh berkata mereka mengharapkan pemimpin yang akan memberi peluang pekerjaan dan peluang peniagaan yang lebih banyak kepada pemuda zaman sekarang.
Roti Bengali Telur Goyang dijual dengan harga RM3.50 sepinggan.
Topic Berkaitan
#juadah
#Permatang Pauh
#pilihan raya kecil
#PRK
#Roti Bengali Telur Goyang
#Warung Adik & Abang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan