awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: Proses penamaan calon lancar, tiada insiden dilaporkan - Ketua Polis Johor

Bernama
Bernama
26/08/2023
05:00 MYT
PRK: Proses penamaan calon lancar, tiada insiden dilaporkan - Ketua Polis Johor
Kamarul Zaman berkata setakat ini masih belum ada pihak yang memohon permit untuk mengadakan ceramah dan kempen bagi kedua-dua kawasan PRK berkenaan. -Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pagi ini, berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden dilaporkan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kedua-dua pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, dan Muar, yang turut dihadiri ribuan penyokong beberapa parti politik, turut dilaporkan dalam keadaan tenang serta terkawal.
"Pemantauan pihak polis dari bilik gerakan menunjukkan keadaan tenang dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya mengingatkan para calon, penyokong serta pemimpin parti politik agar terus mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan, terutama ketika berkempen.
Selain itu, beliau turut memberi amaran keras supaya semua pihak tidak menyentuh perkara berkaitan 3R (isu agama, raja dan kaum) ketika berkempen dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ingkar.
Kamarul Zaman berkata setakat ini masih belum ada pihak yang memohon permit untuk mengadakan ceramah dan kempen bagi kedua-dua kawasan PRK berkenaan.
"Dalam tempoh berkempen ini mohonlah permit. Insya-Allah, kita akan berikan jawapan dan berikan kebenaran, jadi ikutlah peraturan yang telah ditetapkan," katanya
PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu pada 9 Sept manakala pengundian awal pada 5 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kamarul Zaman Mamat
#PRK Parlimen Pulai
#PRK DUN Simpang Jeram
#pusat penamaan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan