awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah
CAAM sahkan kes babitkan pesawat di lapangan terbang di Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Slim akan guna pakai garis panduan PRK Chini - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
06/08/2020
06:56 MYT
PRK Slim akan guna pakai garis panduan PRK Chini - Ismail Sabri
Menurut Ismail Sabri, kempen dan ceramah hanya dibenarkan dilaksanakan di kawasan yang tertutup atau di kawasan yang berpagar sahaja. - Gambar fail
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini akan mengguna pakai garis panduan PRK Chini sebelum ini.
Dalam masa sama, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, terdapat beberapa penambahbaikan termasuk garis panduan yang telah ditetapkan.
Antara penambahbaikan yang dipersetujui, kata beliau ialah Bilik Gerakan Parti dan Bilik Gerakan Kecil dibenarkan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya termasuk hari mengundi dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kempen dan ceramah hanya dibenarkan dilaksanakan di kawasan yang tertutup atau di kawasan yang berpagar sahaja bagi memudahkan proses pemantauan dan pemeriksaan suhu badan," katanya dalam sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Jelasnya, Bilik Gerakan Parti politik perlu didaftarkan dengan SPR terlebih dahulu bagi memudahkan pemantauan.
Sementara jumlah kehadiran bagi ceramah perlu mengikut keluasan kawasan dengan penjarakan fizikal dan tidak boleh melebihi 250 individu pada satu-satu masa.
Sepanjang pilihan raya kecil dijalankan, tegas Ismail Sabri, pemakaian pelitup muka diwajibkan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, waktu keluar mengundi pula digalakkan mengikut ketetapan SPR bagi mengelak kesesakaan berlaku di pusat mengundi.
Kesemua SOP itu, jelas Ismail Sabri, ditetapkan berdasarkan Akta 342, dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Topic Berkaitan
#garis panduan
#KKM
#Menteri Kanan Pertahanan
#Pelaksanaan PKP
#PKP
#PRK Chini
#PRK Slim
#SOP
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan