JOHOR BAHRU: Suhu kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masih lagi suam-suam kuku dengan "enjin" jentera kempen bagi parti-parti yang bertanding dilihat baharu hendak dipanaskan dalam perlumbaan untuk memenangi hati pengundi.
Memasuki hari kedua tempoh berkempen, selepas tempoh penamaan calon semalam, hampir kesemua calon lebih selesa memilih pendekatan mengadakan pertemuan bersemuka bersama pengundi dalam skala kecil dan sederhana, tanpa program ceramah mega.
Jadual kempen calon, padat dengan kaedah kempen konvensional iaitu bertemu pengundi secara bersemuka, kempen rumah ke rumah, hadir ke kawasan tumpuan umum, ceramah kelompok kecil selain turut menggunakan kuasa tular di media sosial terutama bagi mendekati pengundi muda.
Di PULAI, poster dan gegantung calon serta bendera parti poster dan bendera parti yang bertanding masih tidak banyak kelihatan, tidak meriah seperti kelaziman di kawasan yang menghadapi pilihan raya dan hanya tempat tertentu sahaja digantung bahan kempen seperti di kawasan kubu kuat masing-masing.
Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat pula memilih menggunakan pendekatan turun padang bertemu secara bersemuka dengan pengundi di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) selain menghadiri ceramah kelompok dan skala sederhana.
Berbekalkan pengalamannya selaku bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan tidak kekok bertemu dengan akar umbi daripada pelbagai latar belakang, malah beliau juga kelihatan selesa dan bersahaja untuk berdiri dan bercakap program ceramah dalam kelompok kecil
Selain itu, kemunculan pelbagai pemimpin parti politik yang berpengalaman, seperti Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut membantu dalam aktiviti kempen calon PH itu di Pulai.
Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar, 50, dan jentera PN banyak menggunakan pendekatan bersemuka seperti solat berjemaah di masjid, menyantuni pengundi di kedai makan dan juga mengunjungi kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat di Parlimen Pulai.
Sambil calon memperkenalkan diri dan latar belakangnya, jentera PN juga dilihat mengedarkan lencana butang kepada orang ramai.
Pemimpin tertinggi PN antaranya Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin dan Pengerusi PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal juga turun padang menghadiri dialog bersama rakyat di Taman Tampoi Utama hari ini.
Tampil sebagai calon bukan pilihan, calon Bebas PRK Parlimen Pulai, Samsudin Mohamad Fauzi lebih selesa mendekati pengundi secara bersemuka dan memilih kawasan tumpuan awam seperti kedai makan dan pasar awam sebagai lokasi kempen.
Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) itu berkata dengan kekuatan jentera kempen seramai 10 orang, strategi kempennya bagi minggu pertama lebih kepada kempen secara bersemuka dengan pengundi pelbagai lapisan masyarakat dan edaran risalah kepada pengundi.
Sementara itu di MUAR, walaupun perang bendera serta poster calon pada PRK Simpang Jeram masih kurang kelihatan di jalan-jalan utama, namun calon yang bertanding, terutamanya daripada PN dan PH, giat menggunakan kaedah kempen secara tradisional.
Agak menarik juga, apabila kedua-duanya menjadikan aktiviti solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan penduduk kampung, sebagai antara pengisian jadual kempen sejak semalam, sudah tentu bagi menyantuni dengan lebih mesra jemaah yang hadir.
Calon PH, yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman, juga menggunakan kaedah kempen seperti mengunjungi penduduk di medan selera, sarapan pagi bersama komuniti, bertemu peniaga di pasar malam, selain menyantuni veteran-veteran tentera cawangan Muar.
Walaupun tiada ceramah mega dianjurkan, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun padang membantu kempen dengan meyakinkan ahli UMNO supaya memberi sokongan kepada Nazri pada majlis perjumpaan dengan jentera BN DUN Simpang Jeram semalam.
PN, yang mengetengahkan calonnya, Dr Mohd Mazri Yahya, dilihat menggabungkan pelbagai mod berkempen, seperti tinjauan mesra, ziarah penduduk, ceramah kelompok, sarapan di warung, audio siar, selain ceramah berskala besar yang disiarkan dalam "Facebook live".
Malah Dr Mohd Mazri yang tidak ketinggalan menghadiri majlis perkahwinan penduduk setempat sejurus selesai penamaan calon, turut menggunakan kelebihannya sebagai doktor memberikan pelbagai tips kesihatan ketika bertemu pengundi.
Abdul Hadi juga turut membantu kempen Dr Mohd Mazri sejak semalam dengan menghadiri Ceramah Perdana PN Johor di sini, selain menghadiri Dialog Bersama TGHA hari ini bersama pengundi Simpang Jeram.
Dalam kesibukan kesemua calon lain melakukan kempen untuk menarik hati pengundi, calon Bebas bagi Simpang Jeram, S Jeganathan masih dalam "mod tenang" dan belum mengeluarkan sebarang jadual kempen.
Apabila ditanya tentang perkara itu, beliau memaklumkan poster dan benderanya masih belum siap dicetak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Parti yang bertanding mula memasang bendera berhampiran Jalan Persimpangan Bakri bagi memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) N.13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. - Foto BERNAMA
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Filem Sheriff: Kutipan terkini RM60.5 juta
Kutipan filem Sheriff RM60.5 juta membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw kekal mendominasi pawagam seluruh negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Ahli politik Britain menang PRK dengan kempen pro-Palestin
Ahli politik Britain George Galloway meraih kemenangan besar dalam PRK bagi kerusi Parlimen Rochdale dengan menjadikan sokongan terhadap Semenanjung Gaza sebagai modal kempen pilihan raya.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.