Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis keluar menunaikan tangungjawab bagi memilih wakil rakyat kawasan itu.
Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata ini berikutan peratusan keluar mengundi sehingga tengah hari ini hanya mencapai 31 peratus.
"Saya difahamkan kehadiran pengundi setakat jam 1 tengah hari hanya mencapai 31 peratus.
"Cuaca diramalkan hujan pada sebelah petang. Saya merayu supaya pengundi turun menunaikan tanggungjawab segera," katanya menerusi Twitter hari ini.
SPR sebelum ini menyasarkan 80 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 04 2018
Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis keluar menunaikan tangungjawab bagi memilih wakil rakyat kawasan itu. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
ADUN Sungai Kandis angkat sumpah jawatan
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN, Ng Suee Lim.
Bukan angkara protes, tapi...
Mohd Azizuddin menolak dakwaan penurunan itu ada kaitan dengan pembentukan kerajaan PH di peringkat pusat dan janji 100 hari PH.
Sungai Kandis kekal milik Pakatan Harapan
Keputusan itu diumum pegawai pilihan raya Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad pada Sabtu.
PRK Sungai Kandis: Wan Azizah rayu pengundi keluar mengundi
Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata ini berikutan peratusan keluar mengundi sehingga tengah hari ini hanya mencapai 31 peratus.
PRK Sungai Kandis: SPR nasihat pengundi rancang waktu keluar mengundi
Tan Sri Othman Mahmood berkata sehingga kini proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
PRK Sungai Kandis: Pengundi puji penambahbaikan SPR
Tinjauan mendapati tiada kesesakan berlaku di dua pusat pengundian itu setakat pukul 11 pagi ini.
Mampukah PKR kekalkan status quo di Sungai Kandis?
Dikatakan mendapat 'restu' kuat daripada presiden parti, Mohd Zawawi menjadikan isu-isu 'lokal' seperti masalah sistem perparitan dan sampah selain pembangunan sebagai modal kempen.
Pertandingan tiga penjuru PRK Sungai Kandis
Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.