Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi DUN Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi.

Calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang memperoleh 15,427 undi menewaskan calon BN, Lokman Noor Adam dengan 9,585 undi dan calon Bebas, K. Murthy dengan 97 undi.

Keputusan itu diumum pegawai pilihan raya Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis pengumuman keputusan rasmi ini Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

SPR ketika mengumumkan keputusan itu turut mengesahkan peratusan keluar mengundi hari ini adalah 49.4 peratus, iaitu kedua terendah selepas PRU12 di DUN Penanti dengan 46 peratus.