awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Tanjung Piai: Apa jua bentuk kempen tetap perlu permit - Ketua Polis Johor

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/11/2019
08:20 MYT
PRK Tanjung Piai: Apa jua bentuk  kempen tetap perlu permit - Ketua Polis Johor
Kamarudin berkata, pihaknya sentiasa memberi kerjasama dalam setiap permohonan permit oleh calon yang bertanding. - Gambar hiasan/SHAHIR OMAR
Apa jua cara berkempen, sama ada dalam bentuk ceramah berkelompok, atau dari rumah ke rumah, perlu mendapat permit polis, tegas Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
Beliau berkata, ianya bukan satu peraturan baharu, sebaliknya selaras dengan Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Polis setelah berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita mengesahkan bahawa permit untuk berkempen adalah dibawah petuntukan undang-undang pilihan raya, iaitu Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Yang mana apa-apa juga kempen dijalankan mesti dapatkan permit yang dikeluarkan dari Ketua Polis Daerah, tak kira bentuk ceramah, tapi mesti ada permit supaya memudahcara pemantauan bagi memastikan keselamatan diberikan keutamaan,” katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Kamarudin berkata, pihaknya sentiasa memberi kerjasama dalam setiap permohonan permit oleh calon yang bertanding.
Jelasnya, permohonan itu hanya memerlukan calon atau pemohon, melengkapkan 12 perkara asas seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor kenderaan serta alamat.
Sehingga hari ini, beliau berkata, polis telah mengeluarkan sejumlah 562 permit, iaitu Barisan Nasional sebanyak 304 permit, Pakatan Harapan (115), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau Berjasa (7), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (8), dan bakinya untuk kempen dua calon bebas yang lain.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#GERAKAN
#Malaysia
#Mohd Kamarudin Md Din
#Pakatan Harapan
#Pontian
#PRK Tanjung Piai
#rakyat Malaysia
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tanjung Piai Memilih
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan