awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Tanjung Piai: PH akan bermesyuarat esok - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/10/2019
07:02 MYT
PRK Tanjung Piai: PH akan bermesyuarat esok  - Muhyiddin
Pakatan Harapan akan teliti calon-calon yang telah dikemukakan dan mereka mempunyai tempoh sebulan untuk menentukannya memandangkan tarikh penamaan adalah 2 November depan.
Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk menentukan gerak kerja bagi menghadapi pemilihan yang bakal berlangsung di Parlimen Tanjung Piai, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, mesyuarat itu akan menentukan penyusunan struktur bagi memastikan keberkesanan jentera dalam usaha mempertahankan kerusi itu.
“Pada malam esok saya akan panggil mesyuarat jawatankuasa pilihan raya PH peringkat pusat, yang saya sendiri pengerusikan dan kita akan bincang dengan teliti apa harus dilaksanakan untuk pastikan kita menang di Tanjung Piai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Putrajaya, hari ini.
Mengulas mengenai calon, Muhyiddin berkata, secara dasarnya kerusi itu harus dipertahankan parti penyandang sedia ada iaitu Bersatu sendiri.
Selain itu, kata beliau, mereka sedang meneliti calon-calon yang telah dikemukakan, dan Pakatan Harapan mempunyai tempoh sebulan untuk menentukannya memandangkan tarikh penamaan adalah 2 November depan.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, Muhyiddin akan mengumumkan calon mereka pada tengah hari esok.
Pada 1 Oktober lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan berkata, penamaan calon telah ditetapkan pada 2 November, manakala hari pengundian ialah pada 16 November.
PRK Tanjung Piai merupakan yang kesembilan sejak Pilihan Raya Umum 2018 dan ia diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia di Hospital Pontian, pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#pemilihan
#PPBM
#PRK
#PRK Tanjung Piai
#Tanjung Piai
#TanjungPiaiMemilih
#Tg Piai Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan