awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Ahli politik jangan eksploitasi, main isu 3R ketika kempen' - Ayob Khan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/08/2023
02:50 MYT
PRN: 'Ahli politik jangan eksploitasi, main isu 3R ketika kempen' - Ayob Khan
Ayob Khan ketika berucap dalam sidang media selepas meninjau proses undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa. - Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memberi amaran tegas kepada mana-mana ahli politik agar tidak memainkan isu 3R iaitu Agama, Kaum dan Institusi Diraja dalam kempen yang berbaki lima hari lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan.
“Kita harap ini berterusan sehingga habis undi 12 Ogos ini tak ada isu 3R yang dibangkitkan oleh ahli-ahli politik tak kisah sebelah mana (kerajaan atau pembangkang).
“Harap kedua-dua pihak jangan eksploitasi dan mainkan isu-isu 3R dalam kempen.
“Kalau ada kita akan ambil tindakan tegas,” katanya dalam sidang media selepas meninjau proses undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Selasa.
Ayob Khan menambah setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima di Selangor membabitkan isu 3R.
Sementara itu beliau berkata, setakat 6 Ogos, sebanyak 78 kertas siasatan dibuka di seluruh negara berkaitan salah laku kempen.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 kertas siasatan melibatkan negeri Selangor.
Seramai 8,000 tentera dan pasangan, manakala 18,557 polis dan pasangan terlibat dalam undi awal di Selangor.
Topic Berkaitan
#PRN
#PDRM
#3R
#ayob khan mydin pitchay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan