KUALA LUMPUR: Calon termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri ialah Melanie Ting Yi-Hlin, 23, manakala Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) MS Ravinder Singh, 80, menjadi calon paling tua.
Melanie, yang juga Ketua Turus Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), berdepan persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Kamri Kamaruddin dan Shasha Lyna Abdul Latif daripada Perikatan Nasional (PN).
MS Ravinder Singh, yang juga bekas guru, bertanding di Pantai Jerejak dalam persaingan empat penjuru menentang Fahmi Zainol (PH-PKR), Oh Tong Keong (PN-Gerakan) dan calon MUDA Loh Xiang Pin.
PRN kali ini turut menyaksikan pembabitan anak-beranak dan mereka yang mempunyai pertalian kekeluargaan.
Isteri bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad iaitu Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid tampil bergandingan dengan anaknya, Mohd Najib Mohd Isa yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Port Dickson, bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) masing-masing di Juasseh dan Bagan Pinang.
Bibi Sharliza, yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, akan menentang Datuk Eddin Syazlee Shith (PN-Bersatu) manakala Mohd Najib berdepan pertandingan satu lawan satu dengan Abdul Fatah Zakaria (PN-PAS).
Turut bertanding Nurul Syazwani Noh dan Danni Rais, yang mewakili PN, masing-masing di DUN Permatang, Selangor dan DUN Klawang, Negeri Sembilan.
Nurul Syazwani, yang juga anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, menentang Mohd Yahya Mat Sahri (PH-PKR) manakala Danni, anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim, berdepan pertembungan tiga penjuru dengan Saiful Bahri Jaaman @ Sharman (Bebas) dan Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu diadakan setelah kerusi itu diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 27 Jun lepas membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Calon termuda (kiri) Melanie Ting Yi-Hlin, 23, manakala Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) MS Ravinder Singh, 80, menjadi calon paling tua. -Foto Sinar Harian
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
PRN: Calon termuda 23 tahun, calon paling tua 80 tahun
Melanie, yang juga Ketua Turus Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), berdepan persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.