awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Gelombang Omicron sudah tiba, terjejaskah pelan UMNO? Agenda AWANI 8.30 malam ini

Israr Khalid
Israr Khalid
07/02/2022
09:42 MYT
PRN Johor: Gelombang Omicron sudah tiba, terjejaskah pelan UMNO? Agenda AWANI 8.30 malam ini
Sejauh mana kesediaan UMNO-BN untuk 'menang mudah' dalam PRN kali ini?
KUALA LUMPUR: Lusa, 9 Februari 2022, adalah tarikhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat untuk menetapkan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Parti-parti politik semestinya menanti keputusan SPR khususnya berkenaan tarikh-tarikh penting dalam proses tersebut untuk masing-masing mengatur strategi meraih semula mandat daripada rakyat negeri tersebut.
Begitupun, yang jelas sudah lebih bersedia daripada yang lain adalah UMNO-Barisan Nasional (BN), yang meneraju pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal ke-14 pada 22 Januari tempoh hari.
Sejauh mana persediaan UMNO-BN sehingga mereka yakin untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat? Itu yang menjadi persoalan utama kerana keadaan hari ini tidak seperti pada waktu mereka membubarkan DUN tempoh hari.
Jangkitan harian COVID-19 sudah kembali meningkat, gelombang jangkitan baharu varian Omicron sudah melanda negara. Kes harian sudah melebihi lima angka dan dijangka terus meningkat untuk beberapa minggu mendatang.
Di kala situasi membimbangkan ini, hadir pula cadangan yang bernas untuk membolehkan setiap rakyat Johor khususnya yang berada di luar negeri tetap mengundi tanpa perlu pulang ke kampung halaman masing-masing, iaitu secara undi pos.
Andai ini dapat dilaksanakan, ia satu nilai tambah dalam kelestarian proses demokrasi negara, lebih ramai dapat membuang undi mereka daripada PRN sebelum ini tanpa perlu khuatir bersesak-sesak untuk hadir secara fizikal di pusat pengundian.
Namun adakah ini yang diinginkan UMNO-BN, yang mendapat manfaat daripada peratusan keluar mengundi yang rendah sepertimana di Melaka tempoh hari, itupun kalau mereka mengguna pakai strategi yang sama?
Maka, adakah pelan asal UMNO-BN untuk ‘menang mudah’ dalam PRN Johor terjejas dek kehadiran gelombang jangkitan baharu ini, atau mereka ada 'pelan B'?
Malam ini, kita akan ajukan persoalan-persoalan tersebut kepada Ahli Parlimen UMNO-BN P155 Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba untuk dijawab di pentas Agenda AWANI.
8.30 malam ini, hanya di saluran 501 dan astroawani.com.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#PRN Johor
#Johor Memilih
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan