JOHOR BAHRU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang bakal menubuhkan Kerajaan Negeri Johor yang baharu, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.
Naib Presiden Kanan PBM Steven Choong Shiau Yoon berkata PBM yakin kerajaan Johor bakal kembali kepada keadaan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu terdiri daripada beberapa parti yang membentuk kerajaan bersama.
"Tidak tahu kerajaan baharu yang akan ditubuhkan daripada parti mana, tetapi jikalau kami ada wakil untuk menyumbang kepada pembangunan negeri, wakil itu akan ambil bahagian dalam kerajaan dan menyumbang secara positif.
"Buat masa ini tiada keputusan untuk sertai mana-mana parti, kami tunggu keputusan pilihan raya. Siapa akan tubuh kerajaan, kami akan buat perjumpaan untuk menyampaikan hasrat untuk bekerjasama," katanya sewaktu pelancaran Manifesto PBM bagi PRN Johor di sini hari ini.
Parti yang bertanding di DUN Maharani, Tiram, Puteri Wangsa dan Stulang itu mengetengahkan tujuh usul untuk memulihkan ekonomi Johor dalam manifesto yang dilancarkan hari ini.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Dalam membantu rakyat Johor menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi, Choong berkata PBM akan mengusulkan kepada kerajaan agar cukai pintu bagi premis perumahan dikurangkan sebanyak 20 peratus dan 10 peratus bagi premis komersial untuk tempoh dua tahun.
Selain itu, PBM dalam usaha membantu penjaja dan peniaga kecil, akan mengusulkan agar pengecualian bayaran lesen perniagaan dilanjutkan untuk tempoh dua tahun.
PBM dalam manifestonya juga berjanji akan memulihkan ekonomi Johor dengan beberapa inisiatif berteraskan pelaburan, dan lebih tertumpu kepada usaha untuk menarik pelabur luar negara.
Antaranya adalah dengan mewujudkan polisi kelulusan pelaburan secara pantas, mengeluarkan kad Imigrasi Elektronik dan Kad APEC bagi memudahkan kemasukan pelabur asing, di samping memberikan kemudahan Visa Ketibaan kepada pelabur dari China.
PBM juga mencadangkan polisi Johor Rumah Keduaku, dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah lambakan rumah mewah yang tidak terjual, serta akan membawa usul agar pekebun persendirian dan koperasi dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pertanian di tanah-tanah negeri yang tidak digunakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Steven (kanan) berkata PBM yakin kerajaan Johor bakal kembali kepada keadaan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). - Gambar/ Sinar Harian
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.