awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Penceramah dibenar buka pelitup muka ketika berkempen - SPR

Bernama
Bernama
07/03/2022
15:36 MYT
PRN Johor: Penceramah dibenar buka pelitup muka ketika berkempen - SPR
SPR mengeluarkan SOP pencegahan COVID-19 terkini itu hari ini, yang dibuat berdasarkan cadangan pindaan dan tambahan daripada KKM dan MKN. - Gambar hiasan/ Bernama
JOHOR BAHRU: Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kini membenarkan penceramah untuk membuka pelitup muka ketika menyampaikan ceramah atau syarahan semasa berkempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan SOP pencegahan COVID-19 terkini itu hari ini, yang dibuat berdasarkan cadangan pindaan dan tambahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut SOP terbaharu itu, penceramah perlu terus memakai semula pelitup muka selepas selesai menyampaikan ceramah atau syarahannya.
Berdasarkan SOP berkenaan, semua yang hadir ceramah, syarahan atau kempen, hendaklah sentiasa memakai pelitup muka serta mengekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara individu.
Bagi aktiviti mesyuarat parti, SOP itu menyatakan semua individu yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa, dan menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter, selain aktiviti bersalaman adalah dilarang.
"Pindaan pada SOP pencegahan COVID-19 itu berkuat kuasa serta merta," menurut SPR yang berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan, etika kempen serta garis panduan pencegahan COVID-19 tersebut, bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor pada 12 Mac dengan pengundian awal akan berlangsung esok (8 Mac).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#SOP baharu
#pelitup muka
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan