JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat kejadian membakar dan membuang bendera parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang di Kluang semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata setakat ini, pihaknya menjumpai tiga bendera parti politik yang dibakar dan dibuang ketika anggota pasukan keselamatan itu melakukan rondaan di DUN terbabit pagi semalam.
"Kita tahu pagi tadi semasa polis membuat rondaan, sudah menjumpai beberapa bendera, tiga bendera, dibakar dan dibuang.
"Polis akan menyiasat secara menyeluruh dan mengenal pasti dalang di sebalik kejadian tersebut termasuk memanggil wakil parti politik untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa lokasi kempen PRN Johor oleh calon yang bertanding di sekitar Johor Bahru di sini.
Beliau menasihati semua parti politik yang bertanding pada PRN Johor serta penyokong mereka supaya berkempen secara sihat dan elakkan daripada terlalu mengikut emosi sehingga boleh menimbulkan pergaduhan.
DUN Layang-Layang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Maszlee Malik (PKR), Alagathiran Krishnan (PN-Bersatu), Abd Mutalip Abd Rahim (BN-UMNO) dan Ahmad Shafiq Othaman (Pejuang).
Kamarul Zaman mengingatkan semua pihak yang terlibat supaya terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan COVID-19.
"Sekiranya peraturan kata kempen tamat 10 malam, tamatkan sahaja, tidak perlu untuk memohon masa dilanjutkan. Pematuhan kepada SOP ini bukanlah satu perkara yang terlalu sukar untuk dilaksanakan, kalau masih berdegil kita akan ambil tindakan, mudah sahaja," katanya.
Jurucakap media PRN Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Supt Ibrahim Mat Som dalam satu kenyataan memaklumkan polis telah membuka tiga kertas siasatan melibatkan PRN Johor sejak Sabtu hingga semalam.
Katanya dua kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penyalahgunaan media sosial untuk menyebarkan maklumat berunsur fitnah.
"Satu lagi kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan atau Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 bagi ketidakpatuhan kepada SOP PRN Johor yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 53 permit ceramah diluluskan di seluruh Johor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Kamarul Zaman menasihati semua parti politik yang bertanding pada PRN Johor serta penyokong mereka supaya berkempen secara sihat dan elakkan daripada terlalu mengikut emosi. - Gambar fail/BERNAMA
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.