awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Proses pengundian berjalan lancar - Polis

Bernama
Bernama
12/03/2022
08:20 MYT
PRN Johor: Proses pengundian berjalan lancar - Polis
Para pengundi tiba di Pusat mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Proses pengundian di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berjalan lancar dan selamat setakat ini, tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya juga tidak menerima laporan sama ada berhubung kekecohan atau pergaduhan terjadi di pusat mengundi.
"Proses mengundi di tempat mengundi berjalan dengan lancar, tiada juga (laporan) kejadian pergaduhan atau kekecohan diterima," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata secara keseluruhan seramai 11,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan memantau kelancaran proses mengundi di pusat-pusat mengundi.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
Kamarul Zaman berkata beliau telah meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan IJ Convent, di sini pagi tadi.
Beliau berkata aliran trafik di lebuh raya juga berjalan lancar tanpa berlaku kesesakan berikutan pegawai dan anggota trafik sentiasa mengawal lalu lintas.
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
"Aliran trafik di lebuh raya berjalan lancar, namun ada jalan di kawasan Tiram yang agak perlahan sedikit kerana awal pagi (orang keluar mengundi), tetapi selepas itu lancar," katanya.
Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka untuk proses pengundian hari ini dan setakat pukul 2 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan sebanyak 40 peratus pengundi telah keluar mengundi.
Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 239 calon daripada 15 parti politik bertanding.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#proses pengundian
#polis johor
#Johor Memilih
#Kamarul Zaman Mamat
#pusat mengundi
#kerusi DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan