JOHOR BAHRU: Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) justeru tidak akan memberi komen mengenai rundingan kerusi yang masih berjalan dengan gabungan berkenaan, kata Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, selama ini Muda tidak pernah membuat ulasan mengenai kerusi mana yang mereka inginkan.
Katanya lagi, sebarang pengumuman hanya akan dibuat selepas rundingan itu mencapai kata sepakat, seperti mana pengumuman tentang enam kerusi yang dipersetujui, dan diberikan oleh Parti Amanah Negara, dan DAP.
“Rundingan itu dibuat secara tertutup, kerana kita menghormati rakan-rakan sebab itu, Muda ingin ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dari DAP, dan Amanah, dan juga Keadilan (PKR). Walaupun saya faham, sukar berkompromi, tapi akhirnya, berjaya capai tanda sepakat, untuk bulatkan muafakat bersama dalam PRN.
“Mengenai Keadilan (PKR), jika kerusi dah diumumkan, pandangan Muda akan dibuat selepas bermesyuarat. Tetapi segala jenis rundingan kerusi, selalunya secara tertutup, sebab itu rakan-rakan media tahu selama ni Muda tak pernah cakap tentang kerusi mana,” katanya di sini, malam ini.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Media sebelum ini melaporkan Muda telah mencapai persetujuan untuk bertanding di enam kerusi – Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Bukit Permai, Parit Raja, dan Machap.
Bagaimanapun, timbul sedikit rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi PKR, yang mendakwa mereka telah melakukan gerak kerja lebih awal di beberapa kerusi yang diberikan, khususnya di Puteri Wangsa.
Selain itu, awal hari ini, Presiden PKR, yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan calon partinya di enam kerusi, dan difahamkan ia termasuk dua kerusi yang diintai Muda iaitu Kempas dan Larkin.
Mengulas mengenai kemungkinan kerjasama terganggu ekoran rundingan yang belum mencapai kata putus itu, Syed Saddiq berkata, jentera Muda di bawah Pengerusi Muda Johor Mohd Azrol Ab Rahani sudah mula bergerak sejak dua tahun lepas.
Selain itu, katanya lagi, terdapat juga perjanjian persefahaman antara Muda dan komponen PH seperti Amanah dan PKR untuk kerjasama antara jentera parti masing-masing.
Firdaus Azil
Mon Feb 14 2022
Syed Saddiq berkata, selama ini Muda tidak pernah membuat ulasan mengenai kerusi mana yang mereka inginkan. - Gambar/ Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.