TUMPAT: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan logo masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu dan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagaimanapun, kedua-dua gabungan sudah bersetuju tidak akan bertanding menentang sesama sendiri pada pilihan raya itu nanti.
"Di Kelantan, PH pakai logo PH dan BN pakai logo BN tetapi tidak bertembung dari segi kerusi," katanya pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan di Teluk Renjuna hari ini.
Mengulas lanjut, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu berkata secara keseluruhan, perbincangan PH dan BN berkaitan proses pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi berlangsung dalam mood yang baik.
"Alhamdulillah... kita tak ada masalah. Malam ini pun kita ada program ceramah bersama Amanah dan UMNO di Kota Lama, Kota Bharu.
"Penyelesaian pembahagian kerusi di Kelantan juga agak cepat, bagi saya mood sangat positif, seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini, kita nak pastikan ada semak dan imbang di DUN Kelantan nanti, itu misi PH dan BN," katanya.
DUN Kelantan, yang mempunyai 45 kawasan, akan dibubar pada 22 Jun ini untuk memberi laluan kepada PRN serta bakal menyaksikan perebutan kerusi antara PAS dengan gabungan BN dan PH.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagaimanapun, kedua-dua gabungan sudah bersetuju tidak akan bertanding menentang sesama sendiri pada pilihan raya itu nanti. - Gambar fail/BERNAMA
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Saya tak pernah bercita-cita jadi MB - Mohd Nassuruddin
Bagaimanapun, ADUN Meranti itu berkata, beliau terima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.
Fadzli MB, Nassuruddin TMB baharu Kelantan?
Takiyuddin berkata, ada dua nama yang akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Isnin bagi mendapat perkenan.
MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.
PRN: Serangan terhadap saya dibuktikan dengan pertambahan majoriti - Mohd Amar
Kemenangan Datuk Mohd Amar Abdullah dengan majoriti yang bertambah membuktikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu masih diterima oleh sebahagian besar penyokong Pas dan pengundi.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
PRN: Dakwaan gaduh dengan Takiyuddin, Mohd Amar tegaskan mengarut
Mohd Amar menafikan beliau bergaduh dengan Takiyuddin berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar Kelantan dan timbalan.
PRN: Pertukaran MB Kelantan, timbalan kerana mahu semangat baharu - Abdul Hadi
Presiden Pas berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
PRN: Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan memberi sebarang komen berkaitan keputusan Pas melakukan perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.