awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Manifesto PH-BN Negeri Sembilan dimuktamadkan seminggu ini - Aminuddin

Bernama
Bernama
01/08/2023
14:50 MYT
PRN: Manifesto PH-BN Negeri Sembilan dimuktamadkan seminggu ini - Aminuddin
Beliau berkata gabungan PH-BN di Negeri Sembilan mahu memastikan manifesto berkenaan menjadi tarikan terbaik untuk rakyat di negeri itu.
SEREMBAN: Manisfesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dimuktamadkan dalam seminggu ini, kata Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata gabungan PH-BN di Negeri Sembilan mahu memastikan manifesto berkenaan menjadi tarikan terbaik untuk rakyat di negeri itu.
"Manifesto dalam draf akhir, ia telah dikemukakan oleh PH dan BN, kita akan lihat kebersamaan yang boleh dibawa...kita sedia maklum ini kali pertama PH-BN bergabung dalam pilihan raya.
"Kalau ikutkan, kedua-dua parti sudah siap, manifesto pasti dapat dilaksanakan. Manifesto dibuat bukan untuk menarik pengundi, (tetapi) selepas itu tidak dilaksanakan. Paling penting ia dilaksanakan dan beri nilai tambah kepada penduduk," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di pasar raya sekitar Sikamat di sini hari ini.
Pada PRN kali ini, Aminuddin yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, berdepan pertandingan empat penjuru dengan Ahmad Raihan Muhamad Hilal daripada Perikatan Nasional (PN) serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kelantan serta Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos dan pengundian awal 8 Ogos.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua calon supaya turut memberi perhatian kepada kesihatan masing-masing dengan mendapat rehat secukupnya walaupun kini dalam tempoh berkempen.
Semalam, calon BN bagi kerusi DUN Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan patah kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan bersama pembantunya ketika dalam perjalanan dari Bahau ke Palong melalui Jalan Pasir Besar kira-kira 3 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Manifesto Negeri Sembilan
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan