MELAKA TENGAH: Sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar membenci sikap orang yang melompat parti, tindakan mereka menerima kemasukan ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam parti itu wajar dipersoalkan, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, UMNO sepatutnya tidak bersikap hipokrit, sebaliknya, harus jujur dalam membuat kenyataan, kerana tindakan itu akan dinilai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hujung minggu ini.
Tegasnya lagi, pengumuman kononnya 500 orang Bersatu masuk UMNO itu seolah-olah tergesa-gesa susulan pendedahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar yang mendakwa, UMNO yang gagalkan rundingan kerusi dengan Pas dan Bersatu sebelum ini.
“Adakah UMNO cuba ubah perhatian masyarakat daripada pendedahan (Ahmad Samsuri) itu? Yang menggagalkan rundingan adalah UMNO, nak ubah perhatian, cari orang lompat. UMNO kena jawab, kenapa sekarang secara tiba-tiba mereka cerita dan cuba mengalih perhatian masyarakat?
“UMNO kena jujur dalam bercakap. Ada orang melangkah ke parti lain sebab kejujuran, perjuangan dan keikhlasan. Ada lompat nak kerusi, ada yang lompat nak kontrak pasir, ada lompat tak dapat kontrak pasir. Itu bukan Perikatan Nasional (PN),” tegasnya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Khamis.
BACA: PRN Melaka: 595 ahli Bersatu umum keluar parti, sertai UMNO
Semalam, Astro AWANI melaporkan 95 individu mendakwa mereka ahli Bersatu Kampung Hulu Bertam, Sungai Udang, dan 500 lagi di Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit, dan Kampung Pengkalan Batu meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.
Mereka berkata, tindakan itu diambil kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan sedia ada.
Sementara itu, media melaporkan Ahmad Samsuri, yang juga Naib Presiden Pas sebagai berkata, rundingan kerusi DUN Melaka antara tiga parti - Pas, UMNO dan Bersatu sebelum ini gagal, kerana UMNO bersikap seperti ‘Abang Long’.
Ahmad Samsuri mendakwa, ketiga-tiga parti berkenaan telah hampir mencapai kata sepakat dari segi pengagihan kerusi, sehinggalah pada saat-saat akhir seorang pemimpin kanan UMNO bertegas mahu tiga penjuru.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, sikap ‘Abang Long’ yang seolah-olah seperti samseng itu, akhirnya membawa kegagalan kepada kesepakatan mereka.
Tegasnya lagi, Bersatu sentiasa konsisten mahukan kestabilan dan kesatuan antara parti-parti Melayu dan Islam di negara ini.
Firdaus Azil
Thu Nov 18 2021
UMNO sepatutnya tidak bersikap hipokrit, sebaliknya, harus jujur dalam membuat kenyataan, kerana tindakan itu akan dinilai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka hujung minggu ini, tegas Wan Saiful Wan Jan. - Gambar Astro AWANI
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.